Mia Sara Ditvduh Dapat Job Berlakon Guna Kabel Afdlin Shauki, Sekali Ini Respon Tuan Badan Sendiri!

Mula melangkah ke dunia seni, anak kepada pelakon Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara sudah bersedia jika ada pihak yang menuduhnya mendapat tawaran berlakon disebabkan pengaruh bapa.

Menurut Mia atau Mia Sara Shauki, dia tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan menolak peluang yang diberikan bapanya untuk menunjukkan bakat dalam mana-mana karya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun ini menegaskan kebanyakan tawaran lakonan yang diterima merupakan hasil usahanya yang menjalani uji bakat terlebih dahulu.

 

“Orang tak tahu macam mana saya dapat tawaran berlakon. Tapi kalau bapa saya beri peluang untuk berlakon dalam sebuah karya, saya tidak boleh jadi seIfish dengan menolak.

“Sudah tentu semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi kebanyakan tawaran berlakon yang saya terima ini, memang hasil usaha saya sendiri.

“Saya tetap lalui uji bakat. Saya pun baru tamat belajar dalam jurusan lakonan juga,” kata Mia Sara kepada mStar.

 

Mia Sara ditemui ketika pra tonton drama siri Histeria The Series yang diadakan di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Drama siri terbitan Astro Shaw dan produksi Infinitus Gold itu mengangkat kisah mist3ri pelajar sekolah dig4nggu dengan misteri kem4tian pelajar 10 tahun lalu.

Selain Mia, drama itu turut dibintangi oleh Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal serta menampilkan pelakon asal filem Histeria iaitu Liyana Jasmay.

Dalam pada itu, Mia turut memberitahu bapanya sudah sedia maklum mengenai salah satu babak dalam drama itu yang memaparkan dia mer0kok.

“Bapa saya bukan saja penyokong, pengkr1tik besar saya tapi dia pun banyak menasihati saya. Saya ada tanya dia kalau ada babak yang hisap r0kok itu, apa dia punya perasaan.

“Dia kata, kalau pihak produksi nak keluarkan babak itu, maksudnya ia nak tunjukkan itulah kehidupan sebenar. Mungkin boleh menjadi satu pengajaran.

“Ibu bapa boleh pantau anak-anak yang bersekolah asrama penuh. Tapi dalam kehidupan sebenar, saya tidak merok0k pun,” ujarnya.

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment on "Mia Sara Ditvduh Dapat Job Berlakon Guna Kabel Afdlin Shauki, Sekali Ini Respon Tuan Badan Sendiri!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*