Dikec4m Pakai Tudung Macam ‘Sister’, Aina Abdul Janji Lebih Berhati-Hati Dalam Fesyen

Penyanyi Aina Abdul dikec4m tervk selepas menggayakan fesyen tudung yang didakw4 seperti rahib atau ‘sister’ ketika menghadiri sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA).

Tidak mendiamkan diri, Aina, 29, tampil memohon maaf dengan penampilannya yang telah mengundang rasa kurang senang banyak pihak di Instagram Stories, pada Sabtu.

Akui dengan kesilapannya, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani menjelaskan idea penggayaan itu berinspirasikan koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.

Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan saya pada Sidang Media ANWAA 2.0, baru-baru ini.

Sejujurnya inspirasi ini datang dari Aina dan team dan kami berinspirasikan koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.

Namun, saya mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi saya ingin memohon maaf.

Lebih berhati-hati

Janji pelantun lagu Semalam, dia akan lebih berhati-hati dalam berfesyen pada masa akan datang.

Sebelum ini, ketika ditemui OhBulan!, Aina menyatakan gaya tudung itu hanyalah bersifat sementara sahaja dan itulah jenama ‘Aina Abdul’.

Sebenarnya look hari ini memang kita nak tampil macam ni. Bukan sebab apa tapi ini memang brand Aina Abdul.

Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only.

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Dikec4m Pakai Tudung Macam ‘Sister’, Aina Abdul Janji Lebih Berhati-Hati Dalam Fesyen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*