[VIDEO] Janda paling ku nantikan, bek4s kekasih sedia kahwini Sera… Netizen sokong minta segera jadi pengganti Shuk Sahar

KISAH rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan Sera nampaknya masih menarik perhatian netizen apabila kali ini sebuah video dipercayai milik bek4s kekasih wanita itu tular di aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik akaun @aidi.qusairy memperlihatkan jejaka itu keluar bersama Sera.

Beberapa kapsyen yang ditulis juga menggambarkan dia sudah lama menunggu cinta Sera dan sedia menjadi pengganti Shuk.

“Janda yang paling ku nantikan. Ex paling gil4, walaupun ex tetap aku sayang.

“Kita kawan balik sampai sampai kahwin ok?” tulisnya.

Video:

Menjawab soalan seorang pengikut, jejaka berkenaan berkata, ramai yang meminati Sera namun semuanya ditolak.

“Aku pun kena reject dari darjah 1 sampai hari ini,” katanya.

Sementara itu, Sera turut meninggalkan komen LOL (laugh of laugh) pada video berkenaan.

Sera bersama Shuk dan anak-anak mereka.

Rata-rata netizen memberi sokongan dan meminta jejaka berkenaan meneruskan usaha memikat hati Sera.

“Bila suami tak tahu erti menghargai tapi ramai lagi yang menanti.

“Saya setuju tolong cepat sikit ramp4s tu.

“Dia dah la cantik selayaknya dapat lelaki yang menghargai dia,” ujar beberapa netizen.

Video berkenaan menerima lebih 500,000 tontonan dan 300 komen di media sosial berkenaan.

Pada 18 Mac lalu, Sera hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta sekali gus mengundang pelbagai persoalan tentang status rumah tangganya dengan Shuk.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakw4 berlaku cur4ng terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Farah Salleh.

Untuk rekod, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkahwin dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "[VIDEO] Janda paling ku nantikan, bek4s kekasih sedia kahwini Sera… Netizen sokong minta segera jadi pengganti Shuk Sahar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*