“Saya Lihat Atas Dasar Fesyen…” – Dikr1tik Gaya Hijab Seperti ‘Sister’, Ini Penjelasan Aina Abdul

Penampilan penyanyi berbakat besar Aina Abdul dalam sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 petang semalam mencuri perhatian netizen.

Seperti biasa, akan ada segelintir yang kura.ng gem.ar dan mungkin melihat gaya pemakaian Aina menyerupai apa yang ada dalam fikiran mereka.

Gaya Menyerupai ‘Sister’?

Berdasarkan beberapa komen di media sosial ketika sidang media itu bersiaran secara langsung di YouTube, terdapat warganet yang menyamakan gaya hijab Aina seakan gaya biarawati gereja atau ‘sister’

Tidak mela.tah dengan apa yang berlaku, Aina menjawab tenang dan memberi pence.rahan jelas ketika ditanya pihak media.

“Sebenarnya memang kita nak tampil dengan look sebegini, bukan apa, memang ini lah penjenamaan Aina Abdul. Seperti sebelum ini,  akan ada elemmen yang memberi kejutan.

“Walaupun ada yang beranggapan nampak macam sister, namun saya lihat dan hargai gaya ini atas dasar fesyen sahaja,” jelasnya.

Aina Cuba Beri Inspirasi

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semalam itu menegaskan bahawa dia cuba memberi inspirasi kepada golongan yang menyukai kelainan, namun pada masa sama tidak memaksa orang lain untuk mengikut cara pemakaiannya.

“Fesyen ini hanyalah ‘statement’ yang sementara, bukanlah saya pakai macam ini saya berubah atau memuja sesuatu. Ini hanya cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan kelainan.

“Untuk mereka di luar sana, kalau nak ikut, ikutlah, dan kalau tidakpun, saya bukan suruh orang semua pakai tudung seperti ini,” katanya lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Berdasarkan info yang diperoleh Murai MY, jualan tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 kini sudah dijual melebihi 85 peratus.

Konsert tersebut akan berlangsung pada 25 dan 26 Jun 2022 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Muraimy

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Lihat Atas Dasar Fesyen…” – Dikr1tik Gaya Hijab Seperti ‘Sister’, Ini Penjelasan Aina Abdul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*