[VIDEO] Dayah Bakar dan keluarga tonton ‘match’ Lee Zii Jia, tapi gelagat Fahri pula raih perhatian

Umum mengetahui bahawa pengacara yang dikenali ramai, Dayah Bakar sebelum ini menetap di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka.

Dayah pernah berjauhan dengan suaminya hampir setahun lebih, iaitu sejak awal kehamilan anak lelaki sulungnya itu sehingga selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu Achbar Muhammad Fahri.

Menginjak usia hampir dua tahun, Fahri sentiasa mencvri perhatian ramai apabila gelagat comelnya sentiasa dikongsi oleh Dayah menerusi laman Instagram rasmi miliknya.

Terbaru menerusi instagram, Dayah merakam gelagat Fahri ketika dan keluarga sedang asyik menonton television, iaitu perlawanan badminton antara Lee Zii Jia ketika memenangi kejuaraan Thailand Open 2022.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Fahri seakan terpinga-pinga melihat orang di sekelilingnya bersorak memberi sorakan untuk Lee Zii Jia.

“Salah satu aktiviti yang paling rindu nak buat dengan abah, tengok badminton sama-sama. Tahniah @leeziijia dan Malaysia kerana memenangi Thailand Open 2022 , paling happy sebab dah berjaya buat abah saya rakyat Malaysia yang paling happy hari ini. Alhamdulillah for moment like this,” tulis Dayah di ruangan kapsyen.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 13.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat Fahri.

Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: instagram dayahbakar

Be the first to comment on "[VIDEO] Dayah Bakar dan keluarga tonton ‘match’ Lee Zii Jia, tapi gelagat Fahri pula raih perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*