Isteri Tunku Mahkota Johor Santuni Bella & Kanak-Kanak Istimewa Ke Legoland

Sebelum ini isteri kepada Tunku Mahkota Johor pernah bersuara untuk menuntut keadilan bagi kes pender4an yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak sindrom down yang bernama Bella. Menurut YM Che’ Puan Besar Khaleeda, beliau akan menggunakan kuasa yang ada bagi mendapatkan keadilan untuk adik Bella.

Bella dibawa menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 hingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun juga tinggal di situ. Penghuni Rumah Bonda sempat berkenalan dan bermesra dengan Bella yang menetap di sana untuk tempoh lebih kurang empat bulan.

Tamat saja tempoh itu, Bella kemudiannya dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Sejak itu, sukarelawan di Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang Bella.Tidak lama kemudian, sebuah video tular telah membongkar keadaan sebenar Bella yang dikatakan telah didera. Sejak dari itu, ramai yang mula mengambil berat dan menuntut keadilan buat remaja istimewa itu.

Terbaharu, Che’ Puan Besar Khaleeda dalam satu hantaran di laman instagramnya memuat naik foto berjumpa dengan Bella dan rakan-rakannya di Taman Tema Legoland Malaysia Resort hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by YAM Che’ Puan Besar Khaleeda (@ymchepuankhaleeda)

Menurut beliau, ia merupakan satu penghormatan besar dapat bertemu dengan Bella dan rakan-rakannya itu.

Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu Adik Bella serta rakan-rakannya.

Semoga Adik Bella, rakan-rakan dan juga sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.

Menerusi foto yang di muat naik, jelas sekali Bella berada dalam keadaan yang baik dan gembira dengan kehidupannya sekarang. Orang ramai turut meluahkan rasa syukur melihat perkembangan terbaharu remaja itu dan berharap agar kesnya itu mendapat keadilan yang sewajarnya.

Kami di Remaja turut mendoakan kesejahteraan adik Bella dan semoga kisah sebenar dapat dibongkar dan diberikan keadilan buat anak istimewa itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Be the first to comment on "Isteri Tunku Mahkota Johor Santuni Bella & Kanak-Kanak Istimewa Ke Legoland"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*