“Berat badan semakin susut” S4kit Sebenar Chef Turki Yg Suka Senyum Di Beritahu

Chef dari Turki, CZN Burak atau nama sebenarnya Burak Ozdemir sangat terkenal dengan cara memasaknya sambil tersenyum. Konten masakan yang dia cipta di TikTok mencecah jutaan tontonan setiap kali dimuat naik.

Namun, baru-baru ini penampilan terkini chef selebriti terkenal berasal dari Turki, Burak Ozdemir atau CZN Burak menarik perhatian ramai apabila keadaan fizikalnya dilihat semakin merosot dan tidak bertenaga.

Burak telah memuat naik foto memaparkan dia sedang terlantar di atas katil menerima rawatan di sebuah pusat perubatan. Burak turut memaklumkan hanya menjalani pemeriksaan kecil selain tidak diberitahu secara terperinci mengenai rawatannya.

Di aplikasi Tiktok pula, Burak telah memuat naik video memaparkan dia sedang terbaring di atas katil menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

Dalam video itu kelihatan dirinya dipasang beberapa wayar perubatan sehingga membuatkan ramai bersedih. Lebih menyayat hati, di video yang lain beliau ada meninggalkan pesan kepada peminatnya.

“Jika anda kehilangan saya suatu hari nanti, ingatlah saya dengan melihat video-video yang ada.”

Ini menyebabkan ramai peminat risau dan tertanya-tanya keadaan kesihatan Chef terkenal yang berasal dari kumpulan etnik Syria-Arab ini.

Andai anda kehilangan saya satu hari nanti, ingatlah saya dengan melihat video-video yang ada.

Lebih menyayat hati, berat badan Burak turut semakin susut dan dilihat semakin kurus. Wajahnya juga kelihatan tidak bermaya seperti di dalam video-video miliknya sebelum ini.

Memetik laporan MM News, Chef Burak dilaporkan menghidap tumor otak tetapi kebenarannya masih belum dapat disahkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan kesejahteraan tukang masak itu dan berharap agar dia segera sembuh daripada penyakit yang dihidapnya.

Reaksi peminat

Suka Senyum & Masak Selambak, ‘Chef’ Burak Tolong Golongan Susah Jadi Pujian

Sekarang ini sudah menjadi satu trend di media sosial, untuk membuat content ataupun video mengenai masakan ataupun makanan. Bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dengan semua orang, trend ini juga telah menaikkan beberapa individu sehingga terkenal di seluruh dunia.

Chef Burak Ozdemir ialah antara salah satu chef yang terkenal dikalangan pengguna media sosial, kerana sering membuat video masakan yang bersaiz besar ataupun jambo. Chef yang berasal dari Turki ini, terkenal dan sering menarik perhatian netizen dalam setiap videonya kerana memasak sambil tersenyum sepanjang masa.

Bantu orang miskin pula…
Dua hari lalu, Chef Burak telah naik sebuah video di laman Twitter miliknya yang agak berbeza dari videonya sebelum-sebelum ini. Kali ini, chef kuliner ini dilihat berkongsi video dirinya sedang membantu sebuah keluarga fakir miskin.

Ditonton hampir lebih 6.2 juta kali
Dalam masa dua hari videonya ini telah mendapat hampir lebih 6.2 juta tontonan serta lebih 23,000 ulang kicau oleh warga Twitter.

Pada video tersebut, telah memaparkan dia bersama beberapa orang pembantu, menolong mengubah suai rumah sebuah keluarga yang miskin.

Turut berikan sumbang

Chef Burak juga turut dilihat menyumbang beberapa barangan perkakas dan keperluan rumah buat keluarga tersebut. Diantaranya adalah peti ais, katil, perabot dan tilam.

Kanak-kanak dan seluruh ahli keluarga tersebut dilihat sangat gembira menerima bantuan ikhlas yang telah dihulurkan oleh tukang masak berkenaan.

Tindakannya itu juga telah mendapat perhatian serta pujian oleh warga netizen. Perlakuan ini sewajarnya yang patut dicontohi dan dijadikan sebagai inspirasi kepada orang ramai.

Sumber: MM News, Instagram & TikTok CZN Burak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment on "“Berat badan semakin susut” S4kit Sebenar Chef Turki Yg Suka Senyum Di Beritahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*