Kagum Dengan Cerita Seorang Peniaga, Nad Zainal Bawa Anak Berubat Ekz3ma Di Tapah

Pelakon Nad Zainal mendedahkan anak perempuannya, Budi Kalsom mengalami masalah ekz3ma. Sekadar info, ekz3ma yang dikenali juga sebagai atopic derm4titis (kulit) biasanya terjadi pada bayi dan kanak-kanak.

Menurut Nad, 32, dia membuat keputusan untuk membawa puterinya itu berubat di sebuah klinik yang terletak di Tapah, Perak.

Ceritanya lebih lanjut, dia gigih untuk menempuh perjalanan jauh selepas mendengar kisah seorang individu yang juga mempunyai anak mender1ta penyakit yang sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Hendak dijadikan cerita, semalam ketika berjalan-jalan keluarkan peluh, singgah Titiwangsa dan terjumpa dengan seorang hamba Allah yang baik hati. Dia berniaga di sana.

Kata hamba Allah itu, anaknya ketika bayi mengalami masalah ekz3ma kr0nik sehingga bernanah. Kakinya naik hancvr akibat ecz3ma sehingga doktor memberi amaran jika tidak ditahan di hospital, kaki boleh dipotong.

Anaknya kini sudah dewasa dan bebas ekz3ma. Sempat dia tunjuk kes4n parvt lama akibat tabiat menggaru anaknya itu, Saya kagum dan tidak berlengah untuk membawa Som ke sini (Klinik Jaya).

Servis terbaik

Dalam pada itu, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin kagum dengan servis yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang menjalankan pemeriksaan lengkap walaupun klinik tersebut hanya terletak di kawasan pekan.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu juga memberitahu ekzema anaknya yang berusia setahun itu tidak berada di tahap yang membimbangkan.

Doktor Sundra memang baik. Walaupun cuma sebuah klinik yang terletak di pekan, servis yang diberikan memang terbaik.

Selalunya penerangan yang diberikan doktor cuma sekitar lima hingga 10 minit, tapi di sini lama betul. Doktor siap periksa guna lampu, sapukan antib1otik, beri risalah dan berbual panjang.

Kos rawatan mengikut tahap ekz3ma. Doktor kata, keadaan Som tidaklah tervk, cuma jangan dibiarkan sehingga melarat.

Sekadar info, Nad bernikah dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia enam tahun iaitu Fahad Ibrahim.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen juga tidak ketinggalan untuk memberikan komen yang positif pada perkongsian tersebut.

Komen netizen:

  

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Kagum Dengan Cerita Seorang Peniaga, Nad Zainal Bawa Anak Berubat Ekz3ma Di Tapah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*