Peminat sed1h lihat mas4lah tulang belakang Zamani makin bengk0k, tapi ini respon tuan punya badan

KUALA LUMPUR: Menyedari kerisauan peminat terhadap penyak1t tulang belakang dihidapinya sejak dua tahun lalu, penyanyi Zamani Ibrahim tampil menjelaskan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik dan masih berupaya untuk menyanyi seperti biasa.

Terharu sikap prihatin ditunjukkan peminat selepas video menyaksikan bentuk badannya semakin membengkok berikutan penyakit scoliosis yang dider1tai tular, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Zamani Ibrahim itu memaklumkan, dia masih menjalani rawatan susulan untuk mengubati peny4k1tnya itu.

“Hanya bentuk tubuh saya sahaja berubah, tetapi tahap kesihatan saya masih baik. Dari segi nyanyian, memang tiada masalah langsung.

“Jadi, kepada peminat, usahlah risau. Lagipun, saya masih menjalani rawatan dari semasa ke semasa. Doakan semoga penyakit saya segera sembuh,” katanya kepada BH Online.

Zamani enggan berkongsi lanjut mengenai penyakit tulang belakang dideritai berikitan tidak mahu diperbesar-besarkan. – Foto IG Zamani Ibrahim

Dalam pada itu, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Syair Si Pari-Pari itu enggan memperincikan keadaan penyakitnya kerana tidak mahu ia diperbesar-besarkan.

“Cukuplah setakat ini sahaja mengenai penyakit yang boleh saya kongsikan. Kalau ikutkan, saya memang tidak mahu mengulas apa-apa kerana tidak mahu ia diperbesar-besarkan.

“Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang cukup prihatin dengan keadaan kesihatan saya,” luah penyanyi berusia 51 tahun ini.

 

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang menyaksikan tubuh Zamani semakin membengkok dan menjadi tular. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selepas melihat keadaan fizikal vokalis kumpulan Slam itu.

Walaupun tidak selincah dahulu, Zamani tetap memberikan persembahan terbaik apabila vokal emasnya mendapat pujian ramai.

“Meskipun terkejut penampilan terkini saya, warga netizen tetap mendoakan saya cepat sembuh, itu sudah cukup membuatkan saya rasa dihargai,” ujar Zamani.

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Peminat sed1h lihat mas4lah tulang belakang Zamani makin bengk0k, tapi ini respon tuan punya badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*