“Kami Okay Kalau Orang Nak Dukung Atau Civm Anak Kami” – Ikmal Amry Tak Mahu Jadi Ibu Bapa Paran1od

Pelakon Ikmal Amry mended4hkan dia tidak kisah jika ada orang yang mahu mendekati dan mendukung anak perempuannya, Cailie, 4 bulan, terutamanya menjelang lebaran nanti.

Menurut Ikmal dan isteri, Najla Shamsul, mereka tidak mahu menjadi ibu bapa yang terlalu paranoid membawa bayi dalam musim pandemik ini.

Jelas Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, dia sehabis baik mahu memberikan kehidupan yang normal untuk anak perempuannya.

“Kalau tanya kami berdua, kami okay je kalau raya nanti ada orang yang nak dukung atau civm anak kami. Kami tawakal je sebab taknak beria nak halang orang, beria sangat nanti, sakit tetap sakit jugak.

“Benda ni kami belajar masa pergi London baru-baru ni. Orang di sana dah tak pakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial, tiada SOP, orang pegang-pegang baby, bila kami check test masa nak balik, negatif.

“Kita nak lalui kehidupan seharian, dengan raya lagi, kalau boleh nak enjoy dengan baby, benda tu akan buat kita rasa terkongkong tau,” luah Ikmal kepada Gempak.

Ikmal dan isterinya ditemui pada majlis berbuka puasa Smart Bio yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Dalam pada itu juga, Ikmal juga mahu mengelak daripada menjadi ibu bapa yang terlalu memikirkan isu pegang-memegang bayi ini.

“Jadi bukanlah kita taknak terlalu menjaga sangat ke apa, kita jaga.

Tapi jangan terlalu overthinking, itu yang buatkan kita stress,” “Cuma apa yang kami amalkan, bila balik dari keluar mana-mana ke, kami akan terus mandi, sabun, bersihkan baby.

Pasal kebersihan diri dan baby kami jaga,” ujarnya lagi. Untuk rekod, Ikmal disatukan dengan isterinya Najla, 23, pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Kami Okay Kalau Orang Nak Dukung Atau Civm Anak Kami” – Ikmal Amry Tak Mahu Jadi Ibu Bapa Paran1od"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*