Reen Rahim Menjiwai Watak Undang Perhatian Ramai, “Tahla Kak Ko Ni Kelakar”

Sejak akhir-akhir ini nama pelakon wanita Reen Rahim menjadi bualan hangat warganet dan peminat drama 7 Hari Mencintaiku 3. Selepas kejayaannya membawakan watak Kak Su dalam Pujaan Hati Kanda, nampaknya sekali lagi Reen Rahim berjaya menambat hati penonton dengan lakonan selambanya.

Kali ini karakternya yang menjadi Fatin dengan personaliti gedik dan mahu memecah belahkan keluarga Mia Adriana dan Khuzairi membuatkan penonton geram dengannya. Memang menjadi sungguh karakter dibintanginya itu.

Reen Rahim
Reen Rahim

Malah baru-baru ini satu rakaman yang dikongsikan sendiri oleh Reen Rahim menerusi akaun TikTok miliknya telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam rakaman itu kelihatan Reen Rahim menjiwai watak sebagai Fatin yang sangat menyakitkan hati.

Korang saksikan sendiri gelagat Reen Rahim menjiwai watak yang dibintanginya dalam drama tersebut yang dikongsikan sendiri oleh pelakon ini:

@reenrahimmy Sape nk jadi jiran i?#somethinggreatiscoming🍌 #reenrahim #ryzykyreen_hq #janganphisang #7HariMencintaiku3 #reenrahimbeauty #reenrahimhygienewash ♬ original sound – Reenrahim

Bukan main lagi lagaknya itu kan! Apa-apa pun perkongsian rakaman gelagat Reen Rahim menjiwai watak ini telah meraih lebih 450 ribu tontonan dan 48 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kemain ye Fatin…Belom kenal Mia Adriana lagi. Bila bergabung dengan Mak Leha”

Reen rahim jiwai watak 5

“Lawak la dia berlakon. Nak geram pun tak boleh sebab lawak”

Reen rahim jiwai watak 4

“Fatin jangan buat benda tak elok tau”

Reen rahim jiwai watak 3

“Hahaha pandai betul menjiwai watak. Sampai kite yang tengok memang dapat rasakan”

Reen rahim jiwai watak 2

“Tahla kak ko ni kelakar tak boleh nak benci sangat”

Reen rahim jiwai watak 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Reen Rahim Menjiwai Watak Undang Perhatian Ramai, “Tahla Kak Ko Ni Kelakar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*