“POV ummi yang sibuk pam svsu, abah dia tidurkan dia,” – Neelofa

Apa sahaja yang dikongsikan oleh selebriti terkenal, Neelofa mengenai anak sulungnya, Muhammad Bilal pasti menarik perhatian warganet. Hampir tiga bulan melahirnya cahaya mata, ramai peminat yang tak sabar melihat wajah putera sulung pasangan selebriti tersebut.

Sebelum ini, Neelofa, 33, menyatakan prioriti utama sekarang adalah Bilal dan dia enggan menyerahkan tugasan menjaga sebulat-bulatnya kepada pembantu.

Baru-baru ini, menerusi laman Tiktok rasmi miliknya, Neelofa berkongsi satu video yang memaparkan suaminya iaitu PU Riz menidurkan anak mereka, Muhammad Bilal.

“POV ummi yang sibuk pam svsu, abah dia tidurkan dia,” kata Neelofa menerusi video tersebut.

Video:

@neelofa #PerfectMatchChallenge ♬ Angel Baby – sadvibes🥀

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.1juta tontonan, 122.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen.

Untuk rekod, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, pada 27 Mac tahun lalu.

Bekas pengacara program MeleTOP itu selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan pada 31 Januari lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: tiktok neelofa

Be the first to comment on "“POV ummi yang sibuk pam svsu, abah dia tidurkan dia,” – Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*