Gelagat Ayden Membebel Marah, Reaksi Aliff Aziz Pula Bikin Terhibur, “Terkejut Bapak Dia…”

Anak kepada pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz ini sering mencuri tumpuan ramai dengan celotehnya ini. Ada juga yang turut sama ‘geram’ melihat kecomelan Ayden yang semakin petah berkata-kata seperti yang dikongsikan kali ini.

Baru-baru ini, gelagatnya yang sibuk membebel sambil mengadu tentang sesuatu membuatkan ramai terhibur melihatnya. Sampaikan video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari dua juta tontonan setakat ini.

@bellaastillah_94

Marah betolllllll si Ayden 🤣 korang dah dapatkan PinkLady yang Bella punya edition?

♬ original sound – Bella Astillah

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan Ayden yang berdiri di depan kamera sambil memegang produk milik Bella Astillah. Dia kemudiannya mula membebel dengan nada yang marah sekaligus membuatkan ramai tergelak melihatnya.

Lebih melucukan, gelagatnya ini turut diperhatikan oleh Aliff Aziz yang berada di belakangnya yang kelihatan keliru melihatnya. Malah penyanyi itu juga turut berkerut dahi melihat gaya Ayden membebel mengalahkan orang dewasa sahaja.

bella astillah

Aliff Aziz juga kemudiannya dilihat seperti terkedu pada penghujung video sambil memandang anaknya itu. Melihatkan reaksinya ini, netizen juga turut sama terhibur melihat reaksi Aliff yang seakan-akan tidak percaya dengan bebelan Ayden itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tergelak melihat celoteh comel Ayden yang semakin membesar ini. Malah ada yang berseloroh suaranya itu seperti watak kartun sahaja ditambah pula dengan mimik mukanya itu.

“Terkejut bapak dia hahahaha.”

ayden

“Amboi garang betul tak padan kecik ni.”

aliff aziz

“Nasib pak dia tak botak. Berkerut dah dahi pak dia tu.”

komen

“Pelik bapaknya.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

SumBer:HCL

Be the first to comment on "Gelagat Ayden Membebel Marah, Reaksi Aliff Aziz Pula Bikin Terhibur, “Terkejut Bapak Dia…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*