Aeril Sakan Layan Hayla, Wawa Rasa ‘Terpinggir’ Suami Manjakan Anak Perempuan

Tidak dinafikan seorang lelaki yang bergelar seorang ayah ini sebenarnya rapat dengan anak perempuannya, walaupun ramai yang berpendapat anak lelaki lebih disayangi tetapi seorang ayah hakikatnya lebih rapat dengan anak perempuan.

Begitu juga terjadi kepada Pelakon dan usahawan yang berjaya dalam dunia kosmetik iaitu Wawa Zainal. Usahawan kosmetik itu telah membuat sesi live bersama peminatnya tetapi apabila apabila disuruh suaminya iaitu Aeril Zafril tetapi tidak diendahkan oleh suaminya itu.

Walaupun disuruh untuk mengambil duit untuk diberikan kepada peminatnya oda sesi live itu, Aeril bahkan tidak memandang isterinya itu dan masih bermain dengan anak perempuan kesayangannya iaitu Hayla.

Sambil berseloroh, Wawa memberitahu peminatnya yang bila mempunyai anak perempuan ini, memang suami akan lebih memberi perhatian kepada anak perempuan mereka berbanding ibu mereka. Wawa juga memberitahu yang dia terasa dipinggirkan kerana panggilannya tidak diendahkan.

Video:

@bywawazainal

Husband korang mesti macamni jugak kan? Syg lebih anak dara 😍

♬ original sound – Wawa Cosmetics & Scarves

Menjengah ke ruangan komen pula ramai para ibu dan isteri yang berpendapat yang sama bahawa mereka juga terasa dipinggirkan oleh suami bila suami lebih manjakan anak perempuan dan ramai juga yang memuji kecantikan wawa walaupun tidak memakai mekap.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Tiktok bywawazainal

Be the first to comment on "Aeril Sakan Layan Hayla, Wawa Rasa ‘Terpinggir’ Suami Manjakan Anak Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*