Situasi Orang Angau Bercinta Dilakonkan Shuib, “Sakan Bgayut Smpai Kering Kolam”

Buat yang pernah lalui zaman bercinta mungkin faham apa yang cuba ditunjukkan oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib dalam satu video terbaharu darinya ini. Dalam satu perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik Shuib tersebut, kelihatan dirinya sedang bercakap telefon di tepi sebuah kolam.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Shuib yang bercakap telefon punya lama. Dari air kolam penuh, sampai kering masih berbual di telefon. Bagaimanapun, perkongsian rakaman ini adalah hanya untuk gambarkan situasi orang angau bercinta yang berbual sampai tidak perasan dengan keadaan sekeliling.

Berikut adalah perkongsian rakaman gambaran situasi orang angau bercinta yang dilakonkan oleh Shuib ini:

@shuibsepahtu

Tag kawan korang yg sedang asyik Bercinta 🥰

♬ original sound – Shuib Sepahtu

Macam itu pun boleh ya! Tapi memang macam itulah kalau orang tengah angau berbual dalam telefon kadang tak sedar punya lamanya. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Sama macam saya…kalau suami call..tersengeh sengeh..Cakap pelan..Duk ceruk dinding..Padahal anak dah 6 orang haha”

Situasi Orang Angau Bercinta 4

“Terlampau bahagia sampai lupa tengok air kolam dah kering”

Situasi Orang Angau Bercinta 3

“Risau takut jatuh dalam kolam tu..Bahagia sangat tu”

Situasi Orang Angau Bercinta 2

“Kalau bercinta cakap call dari kolam ada air sampai kering..Itu la dia nak maksudkan haha”

Situasi Orang Angau Bercinta 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Situasi Orang Angau Bercinta Dilakonkan Shuib, “Sakan Bgayut Smpai Kering Kolam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*