Lakonan Emma Maembong Penuh Emosi, “Puas Hati Dengar Dia Jerit”

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini nampaknya semakin mencuri perhatian ramai. Sebuah drama yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria ini dibintangi oleh barisan pelakon cukup berbakat iaitu Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Dayana Roza dan ramai lagi.

Sebelum drama ini ditayangkan lagi ia telah menjadi buah mulut ramai apabila teaser yang memaparkan karakter psiko yang dilakonkan oleh Nadhir Nasar. Dalam drama ini dia berkahwin dengan Shaza Bae dan isterinya itu didera fizikal dan emosi.

Nusyuz Berkiblat Cinta 2

Namun begitu, karakter yang dibintangi Emma Maembong juga tidak kurang hebatnya. Dalam satu perkongsian, dipaparkan di sebalik tabir pelakon ini yang tidak mampu mengawal emosinya.

Rakaman itu menunjukkan Emma Maembong menjerit sekuat hati melepaskan amarahnya. Berikut adalah perkongsian rakaman lakonan Emma Maembong penuh emosi yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama hezzihazwan:

@hezzihazwan @emma_maembongofficial #nusyuzberkiblatcinta #stylebyhezzy #astro #fyp #foryoupage ♬ original sound – Hezzi

Menjadi sungguh babak lakonan Emma Maembong penuh emosi dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini! Malah di ruangan komen rata-rata warganet memuji lakonan tersebut seperti berikut:

“Power betul dia ni berlakon. Menjiwai watak. Dalam drama cemburu seorang perempuan pun power. Suka tengok. Dah la cantik”

Lakonan Emma Maembong penuh emosi 4

“Puas hati dengar dia jerit”

Lakonan Emma Maembong penuh emosi 1

“Emma dengan Diana Daniel memang ngam watak2 camni. Betul2 menjiwai”

Lakonan Emma Maembong penuh 5

“Pape pun Emma Maembong punya lakonan memang superb”

Lakonan Emma Maembong penuh 3

“Tahun ni tahun paling banyak bersabar bila kena hadap drama camni time puasa”

Lakonan Emma Maembong penuh 2

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Lakonan Emma Maembong Penuh Emosi, “Puas Hati Dengar Dia Jerit”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*