“Ke ni Mirul guys?” – Ramai teruja bila jumpa ‘kembar’ suami Ain Edruce di Tiktok

Pasti ramai yang pernah dengar ungkapan ini, kononnya dalam dunia ada 7 orang mempunyai muka sama ataupun wajah hampir seiras dengan setiap daripada kita. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu, tiada siapa dapat mengesahkannya.

Namun menerusi penangan media sosial, tak dinafikan ramai individu telah menjumpai ‘kembar’ masing-masing.

Tambahan pula, muncul trend di aplikasi TikTok yang membuat perbandingan wajah pasangan dengan selebriti lain kononnya kelihatan seiras antara satu sama lain.

Menerusi aplikasi tersebut, terdapat satu video yang mencvri perhatian ramai, yang dimuatnaik menerusi akaun anysssssssssssfafa. Dalam video tersebut, dapat dilihat anysssssssssssfafa melakukan trend tersebut bersama suaminya.

Apa yang menarik dan menjadikan video tersebut tular ialah wajah suami anysssssssssssfafa yang begitu mirip dengan suami selebriti Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz Mustaffa.

Video:

@anysssssssssssfafa Nak join jugak lah trend ni boleh ? Hahaha 🤪 #fy #fyp ♬ original sound – 𝓐𝓷𝓲𝓼 ✨

@anysssssssssssfafa Jangan bagi tahu ain edruce tauu. Kembar suami dia ada kat sini 😜 #fyp #fyppl ♬ original sound – Ejai_Aziz

Video tersebut kemudian dikongsi oleh instagram hotfm976, dan mendapat respon dari Ain Edruce.

Ke ini mirul ni gaiss??? Hmmm HAHAHAHAH,” tulis Ain di ruangan komen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.8 juta tontonan, 172.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata menyatakan wajah kedua-dua individu tersebut memang sama.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: tiktok anysssssssssssfafa 

Be the first to comment on "“Ke ni Mirul guys?” – Ramai teruja bila jumpa ‘kembar’ suami Ain Edruce di Tiktok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*