“Aku yang gelabah tengok…”- 3 pelakon kanak2 kini sudah dewasa curi tumpuan umum

Buat peminat drama di kaca televisyen, pasti sudah cukup kenal dengan wajah ketiga-tiga pelakon kanak-kanak bernama, Fara Nadiah, Khayreena Kemal dan adiknya, Khayrisyah Kemal.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik baru-baru ini mengundang mereka bertiga berjaya mencuri tumpuan warga TikTok dengan ribuan mata memandang mereka yang rupa-rupanya kini sudah semakin dewasa.

Mana tidaknya, Fara Nadiah, Khayreena Kemal mahupun adiknya, Khayrisyah Kemal merupakan pelakon kanak-kanak yang disukai oleh penonton televisyen.

IMG_20220412_122856

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut sebenarnya mereka bertiga mahu menyahut cabaran 3 minit makeup yang pastinya membuatkan huru hara antara mereka terjadi dan video yang dikongsikan oleh Fara Nadiah kepada umum ini mencuri tumpuan warganet sekali gus peminat mereka.

Dalam pada mereka menyahut cabaran 3 minit makeup ini, pada pengakhiran video mereka dilihat berhasil bersama-sama menyiapkan solekan meskipun agak pantas dan kelam kabut dalam menyiapkan wajah mereka dengan solekan berbeza.

@faranadiah_ Masing masing tak kawal eh😂HAHAHAHAHAHA #3minuteschallenge #fypシ ♬ original sound – Fara🦋

Melihatkan pula komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet buat mereka di perkongsian menerusi akaun atas nama Faranadiah, ada yang teruja dapat melihat perkembangan ketiga-tiga pelakon kanak-kanak tersebut yang sudah semakin dewasa.

“Weh, dah besar besar pelakon kanak-kanak ni. Kejap je…”

PelakonPelakon

“Nak gelabah tu biar 3 orang… jangan ajak aku sekali hahahaha”

IMG_20220412_123041IMG_20220412_123049

“Lawanyaa…”

Pelakon

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "“Aku yang gelabah tengok…”- 3 pelakon kanak2 kini sudah dewasa curi tumpuan umum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*