Luahan Jaafar Onn Pasal ‘Mask’ Cop SIRIM Buat Ramai Berdekah, “Betul Tu Papa…”

Baru-baru ini, ramai dikejutkan dengan pengumuman tentang mask atau pelitup muka bukan perubatan yang perlu mendapat cop SIRIM. Perkara ini turut menerima pelbagai reaksi dari orang ramai di mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan penguatkuasaan tersebut.

Ianya juga turut menarik perhatian selebriti Jaafar Onn yang berkongsikan luahan dan pandangannya mengenai isu itu. Di sebalik isu yang serius itu, ramai pula yang terhibur melihat gayanya ini semasa berkongsikan luahan hatinya ini.

Pada awalnya, ramai yang menyangka Jaafar Onn hanya mahu memberikan ucapan Salam Ramadhan sahaja melihatkan gayanya ini. Namun tidak lama kemudian, dia mula kelihatan ‘bengang’ semasa meluahkan pandangannya tentang isu itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan berita penguatkuasaan pelitup muka dengan cop SIRIM. Menurutnya, perkara ini tidak perlu dilakukan dan hanya menyusahkan rakyat sahaja terutamanya mereka yang kesusahan.

luahan

Dalam masa yang sama, ada pula yang menyamakan gayanya itu dengan Diva AA gara-gara gayanya bercerita ini. Untuk makluman juga, arahan penguatkuasaan itu akhirnya telah ditangguhkan sehingga ke tahun hadapan setelah menerima reaksi negatif dari orang ramai.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat luahan hati Jaafar Onn itu. Namun rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya itu yang tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan ini.

“Betul tu papa, menyusahkan rakyat.”

jaafar onn

“Aku je ke yang tunggu dia jelir lidah hahaha.”

pelitup muka

“Setuju dengan abang jaafar.”

komen

“Terbaik dato, walaupun marah last-last masih bagi salam.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Luahan Jaafar Onn Pasal ‘Mask’ Cop SIRIM Buat Ramai Berdekah, “Betul Tu Papa…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*