Aisar Khaledd Kongsi Kehidupan Orang Bujang, Netizen Pula Pening Tengoknya

Selebriti media sosial Aisar Khaledd sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan video-video yang dimuatnaik di akaunnya ini. Baru-baru ini pula, satu lagi video dimuatnaiknya mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsikan tentang kehidupan orang bujang.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila dia siap menayangkan duitnya yang disimpan berlonggok-longgok di dalam almari. Sehinggakan ramai yang hairan apa sebenarnya motif utama dia memuatnaik video tersebut.

Di dalam video yang dikongsikan ini, Aisar Khaledd berkongsikan content tentang kehidupan orang bujang. Dia kemudiannya menunjukkan rutin seharian yang selalunya dilakukan oleh mereka yang masih lagi bujang semasa hujung bulan.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai ialah dia turut menunjukkan longgokan duit yang disimpan di dalam almari rumahnya ini. Malah di setiap babak yang dilakonkan itu, pasti akan kelihatan duit yang disimpan dengan begitu banyak sekali.

duit

Sehinggakan ramai yang berasa hairan apa sebenarnya motif dia menunjukkan lambakan duit yang disimpan di situ. Sedangkan ianya langsung tidak mempunyai kaitan dengan apa yang cuba dilakukan itu sekaligus membuatkan ramai pelik melihatnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi melihat video yang dikongsikan ini. Malah ada juga yang memintanya untuk tidak terlalu menunjuk kekayaan yang ada untuk keselamatannya sendiri.

“Jangan menunjuk bang kalau kena tarik rezeki tu macam mana.”

aisar khaledd

“Anggap je lah dia ni istimewa.”

bujang

“Dia perli kita yang takde duit time bujang ni ke macam mana?”

komen

“Mende masalah dia.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Aisar Khaledd Kongsi Kehidupan Orang Bujang, Netizen Pula Pening Tengoknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*