“Jauh mat budak tu pergi”- Video Khaby Lame & budak viral ‘kejutkan’ netizen Malaysia

Pasti ramai yang masih ingat dengan seorang budak lelaki yang tidak semena-mena viral gara-gara gelagatnya yang menunjukkan jari tengah disamping muka selambanya di atas motosikal.

Khaby

Budak lelaki tersebut bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kembali menjadi perhatian oleh warganet. Namun begitu, lebih mencuri tumpuan juga apabila budak lelaki itu turut mendapat perhatian oleh personaliti terkenal media sosial antarabangsa, Khaby Lame.

Rasanya ramai yang tahu Khaby Lame cukup popular dengan gelagatnya yang sering menghiburkan pengguna TikTok apabila dia di aplikasi tersebut telah diikuti 135.9 juta pengikut.

Jadi melihatkan pula satu rakaman video yang dimuat naik oleh Khaby Lame di aplikasi TikTok mencetuskan ramai netizen Malaysia turut ‘terkejut’.

Mana tidaknya, dalam video tersebut Khaby Lame bergandingan lagi dengan budak lelaki viral berkenaan apabila dalam pada masa sama, ramai terhibur dengan rakaman yang dimuat naik itu sehinggakan meraih 4.7 juta tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, video budak viral bersama Khaby Lame itu mendapat perhatian oleh netizen di Malaysia apabila tidak menyangka budak lelaki tersebut sudah begitu ‘jauh’ viral kerana turut menjadi tumpuan oleh personaliti terkenal media sosial antarabangsa terbabit.

“Jauh mat budak tu pergi…”

Khaby

“Jauh beno…”

IMG_20220404_215814Khaby

“Jauh mat budak tu terkenal”

IMG_20220404_215838IMG_20220404_215853

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "“Jauh mat budak tu pergi”- Video Khaby Lame & budak viral ‘kejutkan’ netizen Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*