“Terima Kasih Maduku Datin Seri Bagi Hadiah Set Gelang Berlian…” Kehidupan Bermadu Zarina Zainuddin Buat Ramai Respek

Pelakon dan usahawan pulut kuning terkenal, Zarina Zainuddin mengucapkan terima kasih pada madunya Datin Seri Noorhasimah kerana menghadiahkan set gelang tangan berlian yang mewah kepadanya sebagai hadiah lahir lahir.

2 Tahun Simpan Hadiah Pemberian Madu

Menerusi muat naik Zarina di Instagram nya, pelakon ini mendedahkan sebenarnya hadiah tersebut diterimanya pada dua tahun lalu sebagai hadiah hari kelahiran. Disebabkan rasa sayang nak potong dan memakai gelang mewah tersebut, pelakon ini membuat keputusan untuk menyimpannya.

Namun setelah dinasihati suaminya Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar, akhirnya Zarina membuat keputusan untuk memotong set gelang tersebut dan baki selebihnya dijadikan cincin.

“Terima kasih maduku Datin Seri Noorhasima bagi hadiah set gelang berlian..

Sebenarnya gelang ni lama dah saya dapat masa hari lahir saya 2 tahun lepas..

Saya sayang nak potong.. Saya simpan lama-lama suami saya tak baik simpan kakak dah bagi tu pakailah..

Baru ni saya pergi potong lebihnya saya buat cincin.. Saya ni bukan jenis suka barang kemas..

Saya rimas lagi pun tangan dah berkedut kulit gelap pakai pun segan.. Saya pakai bila semalam ada ‘function’ tu jer.. Kalau jam saya suka..

Terima kasih Datin Seri barang mahal mahal ni takut nak pakai.. Madu saya cantik kulit putih melepak pakai barang kemas pun nampak manis.. Saya bila pakai hihihi syok sendiri jer

#kauadomadubagiberlian” tulisnya

Rakan Artis Dan Netizen Luah Rasa Kagum

Melihat perkongsian pelakon veteran itu di media sosial, ramai peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan mengatakan rasa kagum mereka terhadap hubungan yang terjalin antara Zarina bersama madunya itu.

“Alhamdulillah madu baik. Awak tu Allah jadikan cantik. Jangan terlalu merendah diri dan terlalu merasa diri tak cantik. Semua ciptaan Allah cantik.” Ujar Fauziah Nawi

“Sebab kak @zarinazainuddin menghormati isteri pertama dan menjaga maruah suami sebaiknya. Akak pun tak pamerkan kemewahan. Sedangkan akak mampu. Tu yang buat isteri pertama makin lembut hati dan terima akak dan anak-anak sebaiknya” Kata Iesya Toh

“Semoga kak Ina dan Datin Seri menjadi suri tauladan buat madu-madu terutama isteri kedua di luar sana. Kak Ina orang yang hebat kerana sentiasa sedar kedudukan dan mengharmonikan suasana. Syabar” Komen salah seorang warganet

Sedikit info Zarina Zainudin

Zarina Binti Zainuddin (Jawi: زارينا زاينوددين; lahir 24 Disember 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya pada 1989 apabila beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian wajah dan memenangi tempat ketiga. Lakonan pertamanya ialah menerusi filem Sumpahan Berdarah yang dikeluarkan pada tahun sama.

Zarina telah membintangi filem-filem termasuk Momok Jangan Panggil Aku (2011) dan Girlfriend Kontrak (2015). Antara drama lakonan beliau ialah Kisah Kaisara, Gerak Khas, Teduhan Kasih, Surah Buat Maisara dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Zarina Zainuddin Family

Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Lyana Sulaiman.

Kerjaya

Minat Zarina terhadap bidang seni muncul dek kerana kerap membaca majalah hiburan dan majalah remaja sehingga menerbitkan perasaan teruja Zarina untuk menjadi artis ketika beliau masih muda. Bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menyertai pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan sebuah majalah popular. Impian beliau semakin menjadi kenyataan selepas beliau memenangi tempat ketiga pada pertandingan akhir siri pencarian wajah itu.

Selepas kejayaan itu, beliau telah mencuba nasib sebagai pelakon di Sarimah Film Production dan mendapat tunjuk ajar serta asas lakonan daripada Datuk Sarimah Ahmad. Bermula dari saat itu, Zarina berpeluang untuk berlakon dalam filem pertamanya berjudul Sumpahan Berdarah (1989) diikuti Lirikan Siluman Ular dan Sepasang Mata Maut.

Instagram Zarina Zainudin – Javoncxt

Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album bersama arwah adik tiri beliau iaitu Lyana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli M. S. suatu ketika dahulu.

Zarina membintangi telefilem khas raya yang berjudul Huru Hara Raya yang ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama iaitu 25 Jun 2017. Telefilem terbitan Arie Zaharie Production ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang, sepasang suami isteri yang mempunyai perniagaan yang diusahakan sendiri. Mereka juga sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka. Kejadian huru hara berlaku apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan. Telefilem ini juga dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi dan ramai lagi. Pada Syawal kedua, Zarina muncul dalam sebuah telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1.

Pada tahun 2019, beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara di slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Puan Intan.

Kehidupan peribadi

Zarina telah berkahwin dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Dua daripada empat anak beliau menghidap autisme.

Gara-Gara Rakam Video Bersenam Sambil Melompat, Zarina Zainuddin Ditegur Suami – Media Hiburan

Beliau buat julung kalinya telah mendedahkan wajah suami dan madunya, Datin Sri Noorhasimah Mohd Noor kepada umum padal awal tahun 2015 kerana selama ini beliau menyimpan kemas rahsia berkenaan. Zarina berbuat demikian kerana tidak mahu masyarakat menimbulkan spekulasi tentang status perkahwinannya terutama selepas kisah dirinya kembali solo bertebaran. Zarina mendedahkan pada Mac 2018 bahawa beliau telah hidup bermadu selama 25 tahun.

Pada 2 Oktober 2019, Zarina dikenakan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Addura Marketing di Subang Jaya pada jam 11.45 pagi, 9 Januari 2019.

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Mas Anizan.

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment on "“Terima Kasih Maduku Datin Seri Bagi Hadiah Set Gelang Berlian…” Kehidupan Bermadu Zarina Zainuddin Buat Ramai Respek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*