“Tam Pamham Akum…” -Orang ramai terhibur dgn watak Daud M, Akui ramai yg terikut cara bercakap

Mohamad Khalid atau dikenali sebagai Mamat Khalid dilahirkan pada 6 April tahun 1963 berasal dari Ipoh, Perak. Beliau seorang pengarah filem, penulis dan lakon layar Malaysia yang terkenal dengan filem-filem bercorak komedi.

Salah satu filem terkenal yang beliau cipta adalah Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dan banyak lagi filem yang dapat sambutan orang ramai. Beliau meninggal dunia pada 24 Oktober tahun 2021 yang lalu, pada usia 58 tahun akibat serangan jantung di Hospital Slim River pada jam 12:30 pagi.

Karya yang beliau cipta sepanjang ini mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Zulkifli Bin Daud atau dikenali sebagai Joey Daud, merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pelawak di Malaysia. Joey pernah menganggotai band muzik ditubuhkan di Johor Kumpulan Mistaken Identity yang beraksi di majlis perkahwinan. Beliau juga pernah menjadi vokalis kumpulan Exists selepas vokalis Exists Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut, dan sekarang Joey Daud fokus kepada bidang lakonan.

Dalam video klip ini menunjukkan, Joey memegang watak sebagai ‘Daud M’ di dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang. Watak yang beliau pegangi buat orang ramai terhibur dengan watak bercakap pelat ‘M’ ini.

Lihat klip durasi pendek Daud M:

Lihat apa juga kata orang ramai:

“Haru.. sakit perut aku gelak dgn joey ni”

“Mcm orm faham sangam apam diam cakam…hahaha”

“Ahh sudoh..tarik urat perut aku mlm ni..gelak kuat sgt..”

“aduhh si Daud M nii hahaha kelakar betol..”

“Tak pamham akumm.. lucu laa..”

“haha tengok banyak kali pun still gelak jgk..”

Perkongsian video klip di Youtube dapat sambutan orang ramai sebanyak 137.6K penonton dan 898 sukaan.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Youtube

Be the first to comment on "“Tam Pamham Akum…” -Orang ramai terhibur dgn watak Daud M, Akui ramai yg terikut cara bercakap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*