“Saya terp4ksa ambil tind4kan” – Notis tiada tiba-tiba kunci, Zed Zaidi naik m4rah

KECOH di media sosial apabila muncul video tular yang memaparkan pelakon, Zed Zaidi bertek4k dengan seorang lelaki dipercayai berkaitan dengan sebuah pintu besi yang dipagar.

Di dalam video yang berlaku di sebuah kondominium di Damansara Perdana, Selangor itu, Zed dilihat memegang alat pemotong mangga dan cuba memotong mangga yang dilihat menyekat laluan masuk dari luar bangunan.

Menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, kejadian itu berlaku pada Jumaat dan laporan polis juga telah buat olehnya.

“Sebenarnya apa yang berlaku ialah terdapat penambahan pagar baharu yang tidak dimaklumkan, sekali gus menyukarkan laluan orang luar untuk masuk ke restoran saya.

“Sebelum ini, tidak ada pun pagar tersebut dan alasan yang diberikan atas pemasangan itu adalah kerana faktor keselamatan.

“Memang ini bangunan residensi tetapi terdapat kedai yang juga kawasan komersial. Bila ada pintu pagar di situ dan dikunci, pelanggan saya sukar nak masuk dan terp4ksa berpusing jauh untuk ke restoran saya.

“Mereka juga terp4ksa melalui pondok pengawal untuk masuk dan ini akan menyukarkan pelanggan sekali gus memberi kesan kepada perniagaan saya,” katanya kepada Majoriti.

 

Menurut Zed, dia sudah berbincang sebelum ini dengan pihak pengurusan dan segala surat aduan dan bant4han seperti yang diminta juga sudah dihantar.

Malah, katanya, satu laporan p0lis juga telah dibuat dan akhirnya pintu itu dibuka pada minggu lepas.

Namun, pada Jumaat, kata Zed, pintu itu dikunci semula tanpa sebarang notis dan itu yang membuatkan terp4ksa mengambil tindakan untuk memotong mangga tersebut.

“Sebenarnya boleh selesai dengan baik. Saya siap beri cadangan lagi bila pintu itu sesuai untuk dibuka dan ditutup semula. Tetapi mereka kunci juga.

“Lepas itu saya minta mereka tunjukkan surat persetujuan penduduk yang inginkan pintu pagar itu dibuat pun mereka tidak boleh tunjuk.

“Jadi saya terp4ksa ambil tindakan dan saya juga sudah berhubung dengan peguam sivil dan jen4yah untuk tindakan susulan,” katanya.

Tambah Zed, dia juga ingin masalah ini selesai dengan cepat dan tidak mahu perkara ini berlanjutan apatah lagi lokasi itu adalah tempat dia mencari rezeki.

 

Sumber:Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“Saya terp4ksa ambil tind4kan” – Notis tiada tiba-tiba kunci, Zed Zaidi naik m4rah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*