Air Mata Tegar Gugur Di Pentas Big Stage, “Siapa Potong Bawang Ni”

Dahulunya penyanyi kanak-kanak dari Indonesia dikenali sebagai Tegar cukup popular di Malaysia. Lagu yang membuatkan dirinya terkenal adalah Aku Yang Dulu Bukalah Yang Sekarang.

Namun kini Tegar sudah pun dewasa dan sudah pun bergelar suami dan ayah kepada seorang cahaya mata. Selain dari itu, kemunculan Tegar dalam salah sebuah rancangan realiti TV turut mencuri perhatian ramai.

Dalam satu episod, Tegar nampaknya tidak dapat menahan air mata ketika ditanya soalan oleh pengacara selepas membuat persembahan. Dalam sesi itu nampaknya Tegar sangat sebak kerana merindukan anak dan isterinya setelah berada di Malaysia dua bulan untuk menyertai acara ini.

Buat yang ketinggalan, berikut adalah perkongsian rakaman air mata Tegar gugur di pentas Big Stage ini:

Perkongsian rakaman air mata Tegar gugur di pentas Big Stage ini telah membuatkan warganet kagum dengan semangat yang ada pada anak muda ini. Apa-apa pun berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Serius mata aku berkaca time ni. Sejak ada gambar background wife dia kat belakang”

Air Mata Tegar 4

“Siapa potong bawang ni”

Air Mata Tegar 3

“Aduh kali ni aku kena bersuara kalau dah nampak mata dia berkaca tak yah tegur kita tak tau apa yang dia rasa dan jangan desak dia suh cita masalah dia”

Air Mata Tegar 2

“Aku sorang je ke yang baru tau dia da ada isteri dan anak”

Air Mata Tegar 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Air Mata Tegar Gugur Di Pentas Big Stage, “Siapa Potong Bawang Ni”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*