Baru Bercer4i Dgn Isteri 2 Tahun, Keith Foo Buka Mulut Soal Pengganti “Tak Mahu Ada Pihak Kec3wa”

Kuala Lumpur: Pelakon, Keith Foo tidak menafikan pernah didekati wanita, namun dia cuba untuk membataskan dirinya.

Menurutnya, dia tidak mahu ada mana-mana pihak yang kecewa sekiranya wujud sebarang hubungan cinta.

“Ada yang mendekati, tetapi saya sendiri menjarakkan diri dan bataskan. Sebab apa? Sebab saya tak mahu saya ataupun dia kecewa,” katanya kepada Harian Metro.

Keith ketika ditemui di sidang media pelancaran filem Autumn in Wales berkata, dia kini memberi tumpuan sepenuhnya untuk membesarkan anaknya, Skylar Raymond Foo yang kini berusia lima tahun.

“Saya lebih berikan tumpuan untuk besarkan anak sebab dia pun masih kecil. Saya tak mahu ada apa-apa yang mengganggu proses untuk membesarkan anak,” katanya.

Keith juga meluahkan rasa bahagia kerana hubungannya dengan bekas isteri yang sangat baik.

“Kami lebih bahagia sebagai sahabat. Anak pun gembira tengok kami gembira dengan kehidupan masing-masing,” katanya.

Keith dan bekas isterinya, Kim Raymond berpisah pada penghujung 2019.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Baru Bercer4i Dgn Isteri 2 Tahun, Keith Foo Buka Mulut Soal Pengganti “Tak Mahu Ada Pihak Kec3wa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*