Tak sangka pelakon-pelakon senior dalam satu video, “Membesar dengan lakonan berkualiti…”

Rasanya jika dapat menyenaraikan pelakon-pelakon senior yang dikagumi bakat mereka apabila berlakon pasti mereka ini antara yang tersenarai pelakon terbaik bagi anda.

Menerusi perkongsian terbaharu oleh akaun bernama, dperahu_seafood membuatkan warga TikTok begitu teruja kerana dapat melihat pelakon-pelakon senior berkumpul bersama apabila kelihatannya pelakon, Shahruddin Thamby, Sabree Fadzil dan Wan Maimunah serta Norlia Ghani hadir ke sebuah kedai makan.

Walau bagaimanapun, kehadiran mereka berkumpul bersama itu mengundang peminat lakonan mereka di kaca televisyen sekitar tahun 90an dapat meluahkan rasa rindu terhadap pelakon-pelakon terbabit.

Ramai akui membesar dengan lakonan hebat mereka di kaca televisyen di sekitar tahun tersebut, bakat yang ditonjolkan oleh pelakon legend berkenaan bukan calang-calang hebatnya.

Peminat juga rindu dengan lakonan Wan Maimunah yang mana pasti ramai yang tahu dia sangat terkenal dengan watak air mata sehingga ke hari ini masih melekat kepada dirinya.

Warga TikTok bagaimanapun selain meninggalkan bermacam-macam reaksi mereka diruangan komen, perkongsian video-video tersebut juga masuk ke ruangan fyp dengan turut meraih ribuan tanda suka.

“Serius aku membesar dengan lakonan lakonan yang berkualiti…”

Senior

“Wajah wajah yang saya rindu…”

SeniorIMG_20220313_213301

“Rindu sangat artis lama lama ni…”

SeniorIMG_20220313_213333

“Pelakon hebat hebat…”

IMG_20220313_213439

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Tak sangka pelakon-pelakon senior dalam satu video, “Membesar dengan lakonan berkualiti…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*