“Apabila Mak Mentua Kau Datang Mengejvt.. Isteri Pura-Pura Baik,”- Aliff Syukri

Dalam rumah tangga, suami isteri perlulah ada sikap bertoleransi dan sama-sama bertolak ansur. Contohnya, tugas mengemas rumah. Tidak adil sekiranya tugas tersebut dibeb4nkan kepada isteri sahaja. Jadi, apa salahnya jika sama-sama bekerjasama menyelesaikan tugas itu.

Namun, tugas tersebut perlulah dilakukan dengan ikhlas. Kita mesti pernah melihat drama-drama di TV3 yang menunjukkan menantu ‘berpura-pura’ melakukan kerja rumah untuk dipandang tinggi oleh mentua. Tidak kisah lelaki atau perempuan, perkara ini pernah terjadi dalam kalangan masyarakat kita.

Itulah yang cuba disampaikan oleh usahawan Dato Aliff Syukri. Baru-baru ini Dato telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya. Video menunjukkan Dato terpaksa melakukan kerja-kerja rumah oleh Datin Shahida namun apabila ibu Dato Aliff Syukri datang untuk melawat mereka di rumah, Datin Shahida terus mer4mpas penyapu itu dan berpura-pura seperti dia yang mengemas rumah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Walaupun itu hanya lakonan semata-mata, namun pengajaran video itu dapat disampaikan kepada penonton.

Pengajaran dari video ini hanya satu, kita perlulah sama-sama membantu pasangan kita dari segi meringankan beban mereka melakukan kerja rumah. Apa salahnya jika suami membantu isteri memasak atau mengemas rumah dan apa salahnya jika isteri bantu suami untuk membayar bil-bil rumah.

Apabila pasangan itu sama-sama tolong-menolong, pasti akan menguatkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penonton suka content sebegini. Ada juga penonton yang tertawa melihat lakonan mereka yang begitu comel. Sporting sungguh pasangan ini!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: CARI

Be the first to comment on "“Apabila Mak Mentua Kau Datang Mengejvt.. Isteri Pura-Pura Baik,”- Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*