Akhirnya Bienda Tampil Jelaskan Lepas Ramai Cakap Dia Hidup Susah, Viral Jual Pau Di Tepi Jalan

“Pau ini sebenarnya diusahakan suami dan saya hanya membantu saja. Namun, tak sangka pula dalam beberapa hari ini ia sudah ‘viral’.”

Itu kata penyanyi dan pelakon Bienda, 36, selepas tular video dia dilihat menjual pau di gerai tepi jalan berdekatan stesen minyak Petronas di Jalan Kuching, di sini.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali ketika dihubungi berkata, perniagaan pau dikenali Papapau Bienda Gebu itu baru diusahakan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman atau Boy pada hujung Disember, tahun lalu.

“Alhamdulillah, perniagaan ini baharu dua bulan kami jalankan. Suami yang sebenarnya nak memulakan perniagaan makanan, tapi paling utama mestilah produk berkualiti.

“Awalnya kami tak tahu nak jual makanan apa sehinggalah berjumpa dengan rakan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pada Oktober tahun lalu untuk berbincang dan mereka cadangkan produk pau ini,” katanya kepada Harian Metro.

Bienda yang sebelum ini memang sudah aktif berniaga tudung dan ‘inner’ di media sosialnya berkata, dia memang suka berniaga sejak dulu dan tak kisah jika berniaga di tepi jalan.

“Asalkan rezeki halal, produk pun berkualiti dan sedap. Hasil jualan ini juga kami dapat berkongsi rezeki dengan orang lain, saya tak kisah berniaga di tepi jalan.

“Saya bersyukur tiba-tiba saja gerai pau kami ditularkan dan sesungguhnya inilah rezeki serentak daripada Allah yang saya tak pernah sangka. Ramai orang sudah mula menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai perniagaan ini dan saya okey saja untuk berkongsi. Bagi saya, lagi banyak kita berkongsi, semakin Allah murahkan rezeki,” katanya yang berniaga di situ bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Mereka turut menyediakan khidmat penghantaran termasuk untuk pelanggan yang mahu membuat infaq setiap Jumaat.

Bienda berkata, mereka turut bercadang membuka satu lagi cawangan gerai Papapau Bienda Gebu di Setapak yang akan diuruskan ibunya yang juga penyanyi, Sheeda.

Bienda yang berkahwin dengan Boy yang juga bekas penerbit di Media Prima Berhad pada 10 Oktober 2009 dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz, 10; dan Laxiendra Namiraz, 8.

” Subhanallah da la cantik tutup aurat pula tu, aduh aku lak yang jatuh hati kat akak ni..”

Demikian komen seorang warganet selepas melihat vdeo yang tular di media sosial di mana seorang wanita bertudung berniaga pau di tepi jalan.

Namun siapa sangka, peniaga pau terbabit merupakan seorang artis dikenali ramai iaitu Bienda.

Susulan dari video di TikTok memperlihatkan kegigihannya berniaga pau di tepi jalan itu, penyanyi Bienda mendedahkan dihubungi ramai pihak yang menyangka dia kini berdepan kesukaran hidup.

Bgaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah haIangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.

” Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?

” Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.

” Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

” Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.

Bienda dan suami mengusahakan sebuah gerai Papa Pau Bienda yang terletak bersebelahan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, sebuah video TikTok memperlihatkan penyanyi itu sedang berniaga pau dikongsi oleh seorang individu sehingga meraih perhatian ramai.

Rata-rata netizen memuji wanita penjual pau itu apabila sanggup berpanas demi mencari rezeki.

” Cantik tapi sanggup berpanas demi rezeki.

” MasyaAllah cantiknya, semoga Allah pelihara akhlak dan imannya sentiasa.

” Kirim salam pada wanita itu. Bidadari mana ni? Kalau dekat, hari-hari saya beli pau kat dia,” ujar netizen.

Dalam pada itu, Bienda yang juga anak kepada penyanyi Shieda, berkata, usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi galakan kepada orang ramai yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan.

Selain itu dia yang turut mempunyai perniagaan tudung jenama sendiri mengakui sukar memasarkan produk dalam acara-acara jualan besar seperti sebelum ini.

” Disebabkan pndemik, tak banyak acara jualan yang berlangsung. Jadi perniagaan tudung saya hanya dilakukan secara atas talian sahaja.

” Saya juga mengharap dengan perniagaan pau ini dapat memberi galakan mereka yang kehilangan kerja untuk cuba berniaga kerana memang boleh buat duit,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia juga tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau jualan Bienda.

” Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.

” Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.

” Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Bienda mendirikan rumh tngga pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.

 

Sumber: Metro dan Muzik Jalanan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://printlyrics.net

Be the first to comment on "Akhirnya Bienda Tampil Jelaskan Lepas Ramai Cakap Dia Hidup Susah, Viral Jual Pau Di Tepi Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*