P0lis Akhirnya Berjaya Rvngkai M1steri Kem4tian Pelakon Nida Patcharaveerapong

Bangkok: Misteri kematian pelakon Nida Patcharaveerapong atau dikenali sebagai Tangmo Nida terjawab apabila polis mengesahkan pelakon itu meninggal dunia akibat lemas.

Ia hasil pemeriksaan forensik.

Thai PBS World melaporkan, Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumichit, berkongsi perkembangan kes kematian pelakon itu menerusi sidang media, Selasa lalu.

Menurut Jirapat, Nida mengalami luka dalam pada kaki kiri mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot tetapi forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada pelakon itu terjatuh dari bot, atau ditolak.

Beliau turut mendedahkan polis meneliti kenyataan lima rakan yang berada di atas bot yang sama dengan Nida.

“Setakat ini, mereka menyerahkan pakaian yang mereka pakai pada malam itu, sudah menjalani pemeriksaan fizikal dan menyediakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk analisis forensik,”katanya.

Berhubung luka dan lebam yang ditemui pada lengan dan bahu salah seorang daripada lima rakan Nida di dalam bot bersamanya, dikenali sebagai Job, doktor yang menjalankan pemeriksaan memberitahu media bahawa ia berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari dan bukan disebabkan cakaran kuku jari.

Seorang doktor pada sidang media berkata bahawa dia tidak bertanya bagaimana lelaki itu mendapat kecederaan, namun percaya bahawa ia disebabkan oleh objek keras dan bukan pergaduhan.

Jirapat berkata bahawa penyiasat polis sudah memeriksa sistem navigasi GPS pada bot dan mendapatkan butiran perjalanan kapal termasuk kelajuan pelayarannya pada malam tragedi Khamis minggu lalu itu.

Pakar patologi di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis memberitahu media bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Nida sudah membuang air kecil sebelum dia lemas, seperti yang didakwa rakan-rakannya, kerana mayat sudah di dalam air untuk waktu yang lama.

Pakar forensik, Prof Madya Dr Werasak Charaschaisri memberitahu PBS Thai bahawa luka dalam pada kaki mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi masih belum didedahkan sama ada luka itu, sebelum atau selepas bedah siasat.

Mengenai pasir yang terdapat di dalam paru-paru Nida, Dr Werasak menjelaskan dia masih bernafas ketika terjatuh ke dalam sungai .

Katanya, ia kerana pasir boleh masuk ke dalam paru-paru ketika lemas, dan arus di Sungai Chao Phraya menyebabkan pasir boleh terampai di dalam air.

Oleh itu, mangsa tidak perlu tenggelam ke dasar sungai untuk pasir masuk ke dalam paru-parunya.

Sementara itu, ramai penduduk tempatan meletakkan bunga di Jeti Pibulsongkram di wilayah Nonthaburi, hari ini, bagi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon berkenaan.

Lima individu naik bot bersama aktres Thailand akan didakwa
GLOBAL | Lima individu menaiki bot laju bersama pelakon televisyen Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong berkemungkinan berdepan pertuduhan mengakibatkan kecuaian hingga menyebabkan kematian.

Kata polis Thailand, selain itu, kelima-lima suspek turut memberi kenyataan palsu kepada pihak berkuasa.

Lima individu terbabit adalah Idsarin “Gatick” Juthasuksawat , pengurus Tangmo, iaitu Wisapat “Sand” Manomairat, Nitas “Job” Kiratisoothisathorn, pemilik bot, Tanupat “Por” Lerttaweewit dan pemandu bot, Phaiboon Trikanjananun.

Tanupat and Phaiboon setakat ini sudah didakwa kerana mengendalikan bot tanpa lesen dan mengakibatkan kecuaian hingga menyebabkan kematian.

Menurut pegawai Polis Wilayah 1, bukti baru muncul apabila Bahagian Teknologi Jenayah (TCSD) berjaya mengesan telefon Tanupat dan mendapati dia membuat pengakuan kepada beberapa orang bahawa Phaiboon merupakan pemandu bot ketika insiden membabitkan Tangmo berlaku.

Phaiboon didakwa telah hilang kawalan disebabkan dia tidak mempunyai pengalaman profesional untuk mengendalikan bot, lapor Bangkok Post.

Ia mengakibatkan Tangmo – yang berada di belakang bahagian bot – cuba berpaut pada Manomairat kerana bimbang dia akan terjatuh.

Bagaimanapun, lebih menyayat hati, khuatir dia turut akan terjatuh ke dalam sungai, Manomairat menggoyangkan kakinya dan menyebabkan paha kanan Tangmo terkena bilah kipas bot berkenaan.

Polis akan memanggil kelima-lima suspek untuk berdepan pertuduhan kecuaian hingga menyebabkan kematian model yang menjadi pelakon itu selain pada masa sama memberi kenyataan palsu.

Seorang lagi pegawai polis, Leftenan General, Jirapat Phumjit berkata, Kiratisoothisathorn memberikan kenyataan bercanggah berhubung bot itu dikendalikan pada malam kejadian.

Dia merupakan satu-satunya saksi yang memberitahu polis bot laju itu tersentak secara tiba-tiba lalu menyebabkan Tangmo terjatuh ke dalam sungai.

Menurutnya, Phaiboon satu-satunya tertuduh yang gagal menghadiri lakonan semula polis menggunakan bot laju dengan model sama semalam. Dia mendakwa berdepan masalah darah tinggi.

Bot itu akan dibawa pada kelajuan dan pada laluan sama seperti kejadian malam itu.

Penyiasat kemudian akan menguji dakwaan mereka yang berada di atas kapal tidak mendengar apa-apa bunyi apabila Tangmo jatuh ke laut, katanya lagi.

Lebih banyak ujian DNA daripada sampel yang dikumpul di atas bot itu akan diserahkan kepada penyiasat tidak lama lagi dan lebih ramai saksi akan dipanggil selain 12 individu yang telah hadir untuk soal siasat.

Telefon keenam-enam individu yang berada di atas bot itu sudah dihantar ke TCSD untuk mencari lebih banyak petunjuk bagi menyelesaikan kes terbabit.

Tangmo yang memiliki lebih 1.6 juta pengikut di Instagram pernah membintangi filem The Fallen Leaf dan siri televisyen popular Bangkok Love Stories: Innocence.

Selepas pencarian selama 38 jam, mayat Tangmo ditemui di sungai Chao Phraya di ibu negara Bangkok pada 26 Feb lalu, dua hari selepas dia dikatakan terjatuh dari bot.

Ibu kepada Tangmo, Panida Sirayutthayothin dipetik Bangkok Post berkata dia tidak percaya bahawa kematian anak perempuannya kerana tidak sengaja terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya.

Panida juga menolak laporan tandas pada bot itu tidak berfungsi dengan baik.

“Tangmo seorang bintang filem. Sukar untuk membayangkan dia pergi ke bahagian belakang bot untuk itu,” kata Panida.

Laporan sebelum ini berkata pelakon itu pergi ke bahagian belakang bot untuk membuang air, kerana

Laporan sebelum ini berkata pelakon itu pergi ke bahagian belakang bot untuk membuang air, kerana tandas bot itu rosak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Trending sangat

Be the first to comment on "P0lis Akhirnya Berjaya Rvngkai M1steri Kem4tian Pelakon Nida Patcharaveerapong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*