“Mereka Nak Dengar Ke Lagu Saya Lagi?,” – Zizi Kirana Nervous Nak Keluar Lagu Baru Lepas Berhij4b

Penyanyi, Zizi Kirana mengakui dirinya berasa berdebar untuk kembali menyanyi selepas tampil berhijab.

Menurut Zizi, dia sebenarnya agak bimbang dengan penerimaan netizen terhadap karya-karyanya selepas ini.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Yusuf Bahrin ini tetap menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan insan-insan hebat yang sentiasa mendukung segala keputusannnya.

“Sebenarnya saya akui, memang ada rasa agak gementar apabila pertama kali ingin kembali menyanyi selepas tampil dengan imej berhij4b.

“Saya jadi sangat nervous bila memikirkan mengenai penerimaan orang di luar saya terhadap diri saya. Saya kerap bertanya kepada pengurus dan suami adakah mereka boleh memerima saya? Mereka nak ke dengar lagu saya lagi?

“Perkara ini selalu bermain di dalam kepala saya. Suami dan pengurus pun selalu bagi semangat. Mereka tahu saya mampu jaga batas dengan baik. Saya tetap dengan prinsip lama iaitu ‘langgar je’,” katanya kepada MH.

Penyanyi asal Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu terbaru berjudul Pijak yang diadakan secara virtual pada Khamis.

Dalam pada itu, Zizi turut menambah, perasaan untuk menjaga batas di dalam setiap perbuatannya hadir dengan sendirinya lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga.

“Selepas berhijrah ke imej berhij4b dan ditambah pula saya pun dah bergelar isteri orang, soal penjagaan batas ini amat penting. Antaranya saya menghadkan pergerakkan saya dalam muzik video.

“Saya pun dah tak mahu terlalu agresif macam panjat kerusi atau meja. Nak terlampau gembira pun tidak manis. Saya berbincang dengan team untuk fikirkan cara yang terbaik.

“Perasaan itu datang sendiri dalam hati saya. Tak sesuai kalau nak terlalu ‘loud’. Jadi, kami memilih untuk lebih santai. Pergerakan pun minimal. Yang penting penceritaan itu sampai,” kongsinya lagi.

Masih mengekalkan konsep sinikal dan nasihat, Zizi mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana Pijak mendapat reaksi positif daripada masyarakat.

“Alhamdulillah, feedback yang saya dapat hampir kesemuanya positif. Admin media sosial saya sampai terkejut sebab tiada satu pun komen-komen mengvtuk. Dia pula rasa boring.

“Inilah masalah manusia, orang kvtuk salah. Tak kutuk pun salah. Tak bersyukur,” selorohnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Mereka Nak Dengar Ke Lagu Saya Lagi?,” – Zizi Kirana Nervous Nak Keluar Lagu Baru Lepas Berhij4b"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*