“Umur 7 Tahun Dah Cantik Macam Ni”- Peminat Terpegun Dengan Kecantikan Anak Dara Che Ta

Siapa sahaja tidak kenal dengan Che Ta ataupun Rozita Che Wan iaitu seorang pelakon dan usahawan popular Malaysia. Kita semua tahu bahawa Che Ta ialah seorang yang sangat jelita walaupun umurnya hampir mencecah 50 tahun. 

Hasil perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana. Kini Aaisyah telah berumur 7 tahun. Rata-rata peminat dan netizen tahu bahawa Aaisyah sangat cantik walaupun dia masih kecil. 

Baru-baru ini Che Ta telah berkongsikan gambar anaknya di akaun Instagram miliknya. Gambar itu dikongsikan sempena majlis sambutan hari lahir Zain Saidin. Kelihatan Aaisyah kelihatan begitu cantik memakai tudung dan jubah putih. 

Perkongsian gambar itu telah mendapat perhatian netizen. Raut wajah Aisyah seiras dengan daddynya namun kecantikannya tidak berubah seperti ibunya. 

Walaupun Aaisyah hanya memakai jubah yang ringkas namun dia kelihatan seperti seorang model yang pandai bergaya. Untuk pengetahuan semua, Aaisyah juga mempunyai hampir satu juta follower di Instagramnya. Walaupun masih kanak-kanak, Aaisyah sangat popular di kalangan peminat dan netizen. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji kecantikan Aaisyah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Be the first to comment on "“Umur 7 Tahun Dah Cantik Macam Ni”- Peminat Terpegun Dengan Kecantikan Anak Dara Che Ta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*