Rakaman DAC lucu di Masked Singer, “Pengacara terbaik dohh, dia punya lawak tu spontan”

The Masked Singer Malaysia kini semakin menjadi perbualan oleh penonton, daripada peserta, juri sehinggalah pengacara yang terlibat dalam rancangan terbabit cukup menghiburkan.

Walau bagaimanapun selepas menjadi fenomena, The Masked Singer Malaysia musim kedua rasanya tak kurangnya juga mendapat sambutan hebat penonton. Ini kerana peserta-peserta yang terlibat bukan calang-calang nyanyiannya.

Jika musim pertama dimenangi oleh Aina Abdul sebagai juara dimana dia merupakan identiti disebalik kostum Bunga Raya, siapakah pula bakal bergelar juara musim kedua ini.

Dac

Selain peserta-peserta, pengacara The Masked Singer Malaysia yang dikendalikan oleh Datuk AC Mizal atau DAC nampaknya turut menghiburkan penonton apabila pengacara terkenal ini terbaharu viral di aplikasi TikTok.

DAC di The Masked Singer Malaysia ini dilihat begitu menghiburkan sehingga Ramona Zamzam dan Zizan Razak juga terhibur gara-garanya.

DAC bagaimanapun diruang komen perkongsian oleh akaun bernama, bbylisa5678 menerima pujian oleh penonton rancangan yang mencetuskan fenomena tersebut disamping lawak spontannya itu turut membuatkan ramai tercuit hati.

“DAC selalu menghiburkan, asal doh. Hahaha”

Dac

“Yang time mat penyu tu, minggu kedua tak silap. Tu pun kelako”

IMG_20220225_153515

“Rambutan ni dah macam Aina Abdul melayan je perangai DAC. Teringat Bunga Raya”

Dac

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Rakaman DAC lucu di Masked Singer, “Pengacara terbaik dohh, dia punya lawak tu spontan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*