Lama Tak Muncul Di TV, Lakonan Terbaharu Faezah Elai Raih Pujian, “Semua Kelakar Wei”

Drama tempatan hari ini dapat dilihat ada banyak juga yang menarik dan menghiburkan. Tidak lagi terikat dengan babak orang kaya dipaksa kahwin dan sebagainya, ada pelbagai isu lain diketengahkan dan turut menarik perhatian untuk menyaksikannya.

Salah satu drama yang menjadi bualan hangat di sosial media kini adalah Cinta Amnesia. Drama ini agak santai dan menghiburkan. Manakan tidak barisan pelakonnya sahaja sudah dapat membayangkan babak-babak kelakar lakonan mereka.

Salah seorang pelakon drama ini adalah Faezah Elai. Boleh dikatakan agak lama tak muncul di TV, kali ini lakonan terbaharu Faezah Elai telah berjaya menambat hati penonton.

Dalam drama ini Faezah Elai digandingkan bersama Bell Ngasri. Berikut adalah salah satu babak dalam drama lakonan terbaharu Faezah Elai ini yang telah dikongsikan oleh satu akaun TikTok:

Setelah sekian lama tak muncul di TV, sudah pastinya lakonan terbaharu Faezah Elai ini dapat mengubati kerinduan peminatnya. Malah di ruangan komen ramai juga yang bersetuju drama Cinta Amnesia ini menarik untuk ditonton.

“Aku suka Faezah Elai ni”

Lakonan terbaharu Faezah elai5

“Takot terbakar kedai tu nanti”

Lakonan terbaharu Faezah elai4

“Macam muka Amy Mastura lah”

Lakonan terbaharu Faezah elai3

“Part ni kelakar weh..Tengok semalam…Bell terkejut”

Lakonan terbaharu Faezah elai2

“Kalau Faezah Elai yang berlakon, mesti auto aku suka citer tu”

Lakonan terbaharu Faezah elai1

Sumber:Himpunan Cerita Lawak

Be the first to comment on "Lama Tak Muncul Di TV, Lakonan Terbaharu Faezah Elai Raih Pujian, “Semua Kelakar Wei”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*