Neelofa Ceritakan Masa G3mpa Bvmi Pagi Tadi Dia Ada Dalam Bilik Bersama Anak. Ini Yg Berlaku Ketika Kejadian

G3mpa bvmi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada pukul 9.39 pagi tadi turut dirasai penduduk di beberapa buah negeri antaranya Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selebriti terkenal Noor Neelofa berkongsi pengalaman dia merasai gegaran pada pukul 9.40 pagi. Cerita detik cem4s, Neelofa, 33, menyatakan ketika kejadian dia berada di bilik anak lelakinya, Muhammad Bilal sedang merakam foto.

Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, pada mulanya beranggapan gegaran yang dirasai itu berpunca dia kurang tidur kerana menjaga Bilal.

Tengah dok beria ambik gambar ni, tiba-tiba rasa bilik baby goyang. Ingatkan sebab tak cukup tidur.

Namun, timbul perasaan takut selepas gegaran kedua berlaku membuatkan bekas hos MeleTOP terus keluar mencari suami tercinta, Haris Ismail atau PU Riz.

Kali kedua rasa, terus campak phone keluar cari pak ustaz.

Usahawan terkenal itu berkongsi di Instagram Stories miliknya beserta gambar Bilal yang diambil ketika kejadian.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengesahkan g3mpa bvmi itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Ia berlaku pada 0.2 darjah utara dan 100.0 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km). Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

 

Sumber: Instagram @neelofa via Oh Bulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://kisahbena.com

Be the first to comment on "Neelofa Ceritakan Masa G3mpa Bvmi Pagi Tadi Dia Ada Dalam Bilik Bersama Anak. Ini Yg Berlaku Ketika Kejadian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*