Nyanyi lagu Ketahuan, Wafiy Ceria Popstar kembali tular- “Dah besar dah dia…”

Rasanya ramai yang masih ingat dengan rancangan realiti di televisyen yang memaparkan bakat penyanyi cilik, Ceria Popstar yang bermula sekitar tahun 2013. Antara bintang cilik dimusim pertama rancangan tersebut juga, Wafiy.

Walau bagaimanapun, dia juga antara bintang yang dikenali ramai sebagai pelakon dan pengacara. Wafiy atau nama sebenarnya Mohd Wafiy Ilhan Johan terbaharu nampaknya kembali tular menjadi perbualan warga TikTok.

Apabila satu rakaman video memaparkan Wafiy di Ceria Popstar menyanyikan lagu Ketahuan dan dalam pada masa yang sama menarik perhatian ramai.

Lebih mendapat perhatian juga, Wafiy iaitu bintang kelahiran Ceria Popstar itu mencuri tumpuan ramai dengan nyanyian difahamkan terbaharu daripadanya yang dikongsikan pula di akaun TikTok atas nama Shaffat.As.

Penonton Ceria Popstar bagaimanapun turut menggamit memori dengan Wafiy yang tidak disangka-sangka peminat sudahpun besar. Wafiy bintang musim pertama rancangan tersebut kini berusia 19 tahun dan mempunyai barisan peminat tersendiri.

Mana tidaknya, bakat serba boleh Wafiy membuatkan dia diminati ramai. Namun melihatkan diruangan komen, ada juga yang memberikan pujian dengan paras Wafiy yang semakin kacak.

“Kalau dia dah besar, aku makin tua”

Wafiy

“Dia pernah nyanyi lagu ni…”

IMG_20220218_100953Wafiy

“Makin handsome…”

IMG_20220218_101020

“Dah besar dah dia hahaha…”

IMG_20220218_101035Wafiy

Sumber:Himpunan Cerita Lawak

Be the first to comment on "Nyanyi lagu Ketahuan, Wafiy Ceria Popstar kembali tular- “Dah besar dah dia…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*