“Rumah B4u Kemeny4n, Ul4r Tedvng Masvk,”- Dah 5 Tahun Keluarga Khatijah Tan Terkna Bu4tan Or4ng

Dah lima tahun hidup Mikaeil Andre diselubungi kisah misteri dan pelbagai kejadian aneh.

Kata Mikail yang juga anak kepada Khatijah Tan ini, dia dan keluarga dah tak tahan kerana gangguan semakin kerap dan mengerikan.

Foto: IG

“Gangguan mistik yang dialami ini bukan baru berlaku, sebenarnya lama dah cuma kami tak expose je. Tapi kini semakin teruk… ia berlaku hari demi hari.

“Mula-mula cermin tingkap jenis sliding pecah, hari berikutnya pula anak saya pecahkan gelas… jadi ia seperti ada perkara tak elok.

“Tiga hari lepas tu ada ular tedung senduk besar masuk dalam rumah sampai meremang bulu roma bila kejadian tu berlaku,” katanya kepada mStar.

Perkara itu juga turut dikongsikan melalui Facebook miliknya.

Di ruangan komen, peminat terkejut dengan pendedahan berkenaan.

Mikail kata dia sedar kehidupannya mula diganggu selepas pulang dari shooting lima tahun lepas.

Dia dan abangnya, pelakon Pierre Andre ada mendapatkan rawatan perubatan Islam.

“Saya dan abang pergi berubat, ustaz kata kami diganggu oleh benda halus dari set penggambaran tu.

“Baru-baru ni pula saya dan mak tengah makan dekat ruang tamu, lepas itu kami terhidu bau kemenyan. Apa yang pelik ialah hanya saya dan mak je yang bau, ayah pula tak hidu apa-apa.

Mikail dan Pierre, Foto: mStar

“Ustaz kata ada orang yang tak puas hati hantar sesuatu kepada keluarga saya, tapi tahu dia tuju kepada siapa.”

Walau bagaimanapun Mikail tak mahu menuduh mana-mana pihak.

“Walaupun ustaz beritahu ini buatan orang tapi kami tak syak siapa-siapa pun sebab tak ada musuh dan tak pasti dari siapa.

“Apa yang boleh kami buat hanya ikhtiar dan banyakkan amalan wajib.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "“Rumah B4u Kemeny4n, Ul4r Tedvng Masvk,”- Dah 5 Tahun Keluarga Khatijah Tan Terkna Bu4tan Or4ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*