Artis W4nita Minta Tips J4di Isteri Kedua, Ini Nasihat Padu Datuk Ziela Jalil

Hanya disebabkan pengalaman dua kali hidup bermadu, penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil mengaku pernah dihubungi rakan artis untuk mendapatkan nasihat mengenai persediaan menjadi isteri kedua.

Ziela yang juga pelakon terkenal era 1980 an mend.edahkan antara soalan yang diajukan apakah perlu berterus terang atau merahsiakan status diri kepada umum, jika ditakdirkan hidup bermadu.

Ada seorang artis ini hubungi saya melalui mesej peribadi dan bertanya secara umum bagaimana dengan kehidupan bermadu. Ketika itu, saya tidak pasti status diri artis terbabit apabila pertanyaan diajukan.

“Nasihat saya, jika benar dia hidup bermadu, dia ada pilihan. Pertama, jika memilih untuk berterus terang, dipersilakan.

“Tetapi jika dia mahu berahsia, terpulang. Berilah alasan apa sahaja tetapi jangan sesekali menafikan perkara itu,” katanya.

Ziela berkongsi pernah disoal media mengenai perkahwinannya

“Saya cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan itu, tetapi, dengan cara berdi.plomasi dan mereka faham. Kita tidak mahulah ditu.duh men.ipu jika suatu hari nanti, rahsia kita diketahui ramai,” katanya.

Pesan pelakon drama sitkom 2+1 ini, mana-mana individu tidak perlu takut dengan kata-kata negatif hanya kerana memilih berkongsi suami dengan wanita lain.

“Artis terbabit menyatakan perkara yang paling dirisaukan adalah kec.aman netizen. Saya katakan kepadanya, kalau ada komen negatif yang ditinggalkan dalam media sosial, padam sahaja dan sekat mereka.

“Ini media sosial kita dan kita berhak untuk buat apa sahaja,” katanya yang pernah membintangi filem Mr OS dan Driving School ini.

Kali pertama Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil bermadu adalah menerusi perkahwinan dengan bekas m.enteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada 1991.

Pada 2019, dia sekali lagi bertemu jodoh dengan suami orang apabila menikahi Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.

Ziela ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta jenama tudung Fa Collection di Sungai Penchala, Sabtu lalu.

Yang turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian pelantikan itu adalah Pengasas Fa Collection, Fadylah Aldin. Mengulas pelantikan sebagai duta koleksi tudung bawal itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini terharu masih diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai duta produk pada usia separuh abad.

“Alhamdulillah, ketika mula ditawarkan menjadi duta mereka, saya seakan-akan tidak percaya. Tapi inilah yang dinamakan rezeki.

“Sebagai penggemar tudung jenis bawal, koleksi yang disediakan sangat cantik. Tampak pre.mium tetapi harga yang ditawarkan mampu milik,” katanya.

Bermadu kali kedua, Ziela Jalil tidak pernah mahu berahsia
Apa kudrat yang Datuk Ziela Jalil ada untuk menahan ketentuan takdir bertemu jodoh dengan suami orang buat kali kedua.

Kerana itu, sejak lebih dua tahun kembali melayari bahtera rumah tangga, pelakon dan penerbit drama terkenal tanah air itu berlapang dada dengan aturan Allah.

Perkahwinan dengan Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar pada 17 Februari 2019, kata Ziela, bukan berlandaskan kerana harta benda kerana suaminya, seorang yang sangat sederhana.

Namun, keperibadian, Syed Osman yang bersedia menerima kelebihan dan kekurangan dirinya menyebabkan Ziela terbuka hati menerima lamaran selepas lebih lima minggu berkenalan.

Menurut Ziela atau nama sebenarnya Norzila Abdul Jalil, Syed Osman juga seorang yang sangat terbuka apabila memahami dirinya yang sukar untuk melupakan kenangan hidup bersama suami pertama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

Kata Ziela, sebagai wanita yang sudah selesa hidup sebagai ibu tunggal selama 11 tahun, bukan mudah untuk dia membuat keputusan kembali menjadi isteri atau lebih tepat untuk bermadu buat kali kedua.

Ziela mengakui, membuat keputusan untuk melalui episod sebagai isteri kedua untuk sekali lagi menuntutnya berfikir panjang kerana banyak hal dan pertimbangan yang perlu dibuatnya.

“Lima minggu kami kenal memang waktu yang singkat. Tapi saya yakin bahawa ini semua takdir Allah,” kata Ziela berkongsi cerita dengan Astro AWANI pada Isnin.

Perkongsian cerita pernikahan kali kedua ini dibuat Ziela selepas tular di media sosial mengenai hantaran seorang gadis yang mendakwa pelakon itu menikahi bapanya sebagai isteri kedua.

Ekoran itu, netizen mula berdebat dan saling membalas hujah masing-masing.

Ziela, 51, menikahi Syed Osman, 55, di sebuah masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudaranya.

Isu perkahwinannya dengan Syed Osman yang menjadi bahan perbincangan netizen juga sebetulnya, jelas Ziela, memberi isyarat bahawa dia perlu berkongsi dengan masyarakat mengenai statusnya.

Ziela menegaskan, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua.

Selain mahu menjaga hati banyak pihak, Ziela juga memilih tidak berkongsi sebarang cerita selama dua tahun kerana menunggu masa yang sesuai.

Namun, tindakan anak Syed Osman yang mendahului dengan berkongsi di Twitter menjentik hatinya untuk terbuka mengenai perkahwinan kali keduanya itu.

“Sejujurnya, saya terkejut dan agak ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter.

“Namun, dalam masa sama, saya melihat perkongsian itu dari sisi positif dan berpendapat itu satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba.

“Bahkan, saya amat yakin tindakan itu juga membawa maksud mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan termasuk menjadi tumpuan media dan netizen,” ujar Ziela dalam nada tenang.

Datuk Ziela Jalil (memangku cucu) bersama suami, Datuk Syed Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.

Menurut Ziela yang juga pengasas syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd, pada awal perkahwinan dengan Syed Osman, dia juga cuba merahsiakan perkahwinan itu daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka.

Ziela enggan anak-anak merasakan seolah-olah dia sudah melupakan Allahyarham bapa mereka.

“Saya tegaskan pada anak-anak, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza.

“Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi,” kata Ziela yang juga ibu kepada tiga orang anak serta nenek kepada seorang cucu.

Menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Megat Junid pada 1991, Ziela dikurniakan sepasang anak iaitu Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga mempunyai seorang anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Berita Harian, Astro Awani

Be the first to comment on "Artis W4nita Minta Tips J4di Isteri Kedua, Ini Nasihat Padu Datuk Ziela Jalil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*