“Nur Afrina Aisyah Nama Diberi,” – Datin Almy Nadia ‘Update’ Mengenai Anak Keempat, Usia Sebulan Berat 4kg

Isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia berkongsi mengenai anak keempatnya yang dilahirkan 8 Disember lalu, Nur Afrina Aisyah.

Sambil mendedahkan nama puteri bongsunya itu kepada peminat, Almy yang juga pelakon itu turut bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.

“Nur afrina aisyah nama diberi. Puteri nombor empat.

“Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, alhamdulillah.

“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia,” tulis Almy menerusi satu perkongsian yang dibuat di Instagram.

Sambil ramai yang memuji kecomelan bayinya itu, peminat dan rakan artis turut menitipkan doa yang baik-baik buat Almy sekeluarga menerusi ruangan komen di hantaran sama.

Sekadar info, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra.

Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“Nur Afrina Aisyah Nama Diberi,” – Datin Almy Nadia ‘Update’ Mengenai Anak Keempat, Usia Sebulan Berat 4kg"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*