Isteri Masih Tunggu Pesanan Teh Ais, Pemuda Baru 2 Hari Nikah Meningg4l ‘Accldent’

Hasrat seorang isteri yang mahu menjamah apam balik dan teh ais yang dipesan kepada suami tercinta bertukar p1lu setelah lelaki itu terlibat dalam kemal4ngan jalan raya dan meningg4l dunia.

Isteri pesan teh ais & apam balik

Menerusi laporan dari Harian Metro, ibu kepada allahyarham Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, Zaiton Yusof, 57 yang kemalangan di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu memaklumkan menantunya, Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20 masih berada dalam keadaan travma memandang mereka berdua baru dua hari bergelar suami isteri.

“Isterinya Sharifah Erin memesan teh ais dan apam balik sebelum arw4h keluar menghantar ikan air tawar diusahakan ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, di sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, jam 12 tengah hari semalam.”
“Sharifah Erin atau lebih mesra dengan panggilan Erin sudah tahu suaminya meningg4l dunia semalam, tetapi masih menunggu arw4h pulang membawa pesanan,” katanya.

Tambah Zaiton, Mustaqim telah meningg4l dunia dalam kemal4ngan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar di sebuah restoran kira-kira jam 1.10 tengah hari semalam.

M4ngsa mengalami keced3raan par4h di kepala selepas motosikal dinaikinya terbabit dalam kemal4ngan dengan sebuah lori dan disahkan meningg4l dunia di tempat kejadian.

Menantu masih tr4uma

Selain itu, wanita pertengahan usia itu juga memaklumkan yang menantunya sempat menatap kali terakhir wajah suaminya sebelum pengebum1an dilakukan namun masih menanti pesanan teh ias dan apam balik dari allahyarham Mustaqim.

“Dia juga bersama kami dan adik beradik arwah menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.”
“Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin berada dalam keadaan gel1sah dan masih setia menunggu suami yang baru dinikahinya pulang membawa minuman teh ais dan apam balik sehingga lewat malam,” jelasnya.

Minta suami jemput bila balik nanti

Lebih menyedihkan, Erin beberapa kali menitipkan pesan kepada Zaiton supaya meminta Mustaqim menjemputnya dan membawa pesanan makanan tersebut sewaktu mahu bergerak pulang ke rumah keluarganya.

“Sebelum pulang ke rumah ahli keluarganya pagi ini, Erin beberapa kali berpesan supaya meminta Muhammad Mustaqim mengambilnya,” katanya.
Zaiton berkata, arw4h anaknya juga tidak sempat menyiapkan rumahnya sendiri walaupun barangan pembinaan sudah dibeli.
“Arw4h bercadang untuk berpindah ke rumah sendiri selepas selesai majlis sambutan menantu bulan depan,”  ujarnya lagi.

Baru saja bernikah

Menjengah ke ruangan Facebook abang kepada allahyarham, mereka sekeluarga sempat mengadakan jamuan makan bagi meraikan pengantin baru dengan kehadiran saudara mara serta rakan-rakan.

Namun siapa sangka, keesokan harinya allahyarham Mustaqim terlibat dalam kemal4ngan dan meninggalkan mereka buat selamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber: Harian Metro (Baharom Bakar), Facebook Muhd Muhafizi

Be the first to comment on "Isteri Masih Tunggu Pesanan Teh Ais, Pemuda Baru 2 Hari Nikah Meningg4l ‘Accldent’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*