” Memang saya sudah tawar hati, perasaan pulang ke Singapura itu berbeza ” – Aaron Aziz

Kehil4ngan ibu tercinta pada dua tahun lalu mengubah rasa rindu Datuk Aaron Aziz. Jika dahulu kepulangan ke Singapura menjadi antara yang dinanti namun ternyata kini perasaannya berbeza.

“Jika dahulu balik ke sana mahu jumpa ibu, tetapi selepas pemergiaan memang saya sudah tawar hati. Perasaan pulang ke Singapura itu berbeza kini. Tidak terlalu mengharapkan sangat untuk dapat pulang ke sana. Malah dalam keadaan saya sibuk juga menyebabkan saya tidak terlalu fikirkan.

“Tambahan pula dengan keadaan sekarang agak sukar untuk pulang ke sana. Tetapi isteri saya baru saya pulang bersama anak-anak, jadi sempat juga mereka bertemu keluarga di sana.

“Anak lelaki saya juga memang berada di sana. Jadi bila dia ke kubvr ibu saya dan berkongsi memang momen itu cukup menyed1hkan sebab anak saya tidak sempat pulang ketika ibu saya meningg4l,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Meskipun sibuk dengan tawaran berlakon, Aaron menyatakan hasrat untuk kembali mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama isteri, Datin Diyana Halik.

“Selepas lima kali menunaikan umrah kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tunaikan yang wajib. Ikutkan, saya adalah rombongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Makkah sebelum pelaksanaan sekatan perjalanan kerana C0V1D19.

“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri, selepas hampir dua tahun tidak ke sana, semoga ada rezeki untuk saya dan isteri,” doanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga memberi komen berbaur doa terhadap posting yang telah dikongsikan oleh pelakon hebat itu.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "” Memang saya sudah tawar hati, perasaan pulang ke Singapura itu berbeza ” – Aaron Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*