[VIDEO]”Heliza Helmi Dapat Kejutan Hari Lahir”-Suami Bawa Keluarga Datang Pulau Langkawi & Pusing Naik ‘Cruise’

Dalam diam rupanya suami aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman seorang yang romantik.

Sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Mahadi membuat kejutan untuk ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang pertama kali disambut bersama.

Sambut hari lahir atas kapal

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Menerusi Instagram (IG), Heliza memuat naik video dia dan Mahadi berada di atas kapal persiaran atau dipanggil ‘cruise’. Dalam hantaran itu, Heliza akui terkejut dengan sambutan awal sehari yang dilakukan suaminya.

Bukan hanya dibawa menaiki kapal, Mahadi turut menghias ruang itu dengan hiasan belon yang tertera ayat ‘Sanah Helwah Kak Ja Sayang’.

Memilih untuk sedondon memakai busana bercorak, Heliza kelihatan malu apabila Mahadi mengajaknya membuat ‘pose’ seperti dalam filem Titanic.

Kak Ja tak tahu ini semua dia (Mahadi) punya pasal. Serius saya tak sangka dia nak bawa naik cruise, jadi pakai biasa-biasa ja. Nasib sedondon juga. Saya sebenarnya sangat malu.

Bawa sekali seluruh ahli keluarga

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Selain itu, menerusi hantaran berbeza, pemilik nama Nur Heliza Helmi mendedahkan dia menerima satu lagi kejutan yang tidak disangka.

Kata penyanyi berumur 36 tahun, rancangan membawa seluruh ahli keluarganya datang ke pulau peranginan itu adalah hadiah paling bermakna.

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut sama memberi ucapan dengan mendoakan agar bekas pelajar Akademi Fantasia Musim kelima ini dipanjangkan umur dan hidup sentiasa diberkati Allah.

Terdahulu, Heliza berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.

Sumber: Instagram @nurhelizahelmi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO]”Heliza Helmi Dapat Kejutan Hari Lahir”-Suami Bawa Keluarga Datang Pulau Langkawi & Pusing Naik ‘Cruise’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*