Mawi Dah Tak Glamour Tapi Hidvp Ten4ng, Dulu Mal4m Tidvr Pun Tak Boleh

Walaupun namanya tidak ‘serancak’ dulu, Mawi selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang.

Mawi menganggap populariti dan kemasyhuran yang diraih selepas menjuarai program realiti, Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005 adalah rezeki yang sudah tertulis.

“Alhamdulillah saya impikan kehidupan sekarang kerana lebih selesa begini. Kalau dulu hari-hari saya berdoa agar Tuhan kembalikan hidup saya yang asal.

“Jujur pada waktu kegemilangan dulu saya tak bersedia dan tak terfikir langsung akan jadi sebegitu besar. Saya ingatkan lepas keluar AF saya hanya terima tempias populariti sedikit tapi tak sangka Tuhan susun perjalanan saya begitu.

“Kalau dulu memang tak boleh jadi diri sendiri. Saya akui terkejut dan masih tercari-cari identiti. Belum lagi hidup saya diganggu pada waktu malam sampai tak boleh tidur. Tapi itu semua cerita lama. Kini saya rasa tenang dan selesa,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

Mawi yang juga penyampai radio di Zayan FM berkata, segala gelaran seperti gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS bukan keluar daripada mulutnya, sebaliknya diberikan orang luar.

“Soal rezeki bukan kita yang rancang tapi berlaku tanpa kita sedar dan jangka. Saya masuk AF3 dulu pun sebab nak jadi penyampai radio dan Alhamdulillah saya kini bergelar penyampai radio di Zayan FM.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

“Berkenaan gelaran pula orang luar yang cakap dan bukan daripada mulut saya. Apa yang berlaku pada ketika itu adalah ketentuan yang sudah Allah tetapkan dan tiada yang mustahil. Saya anggap sebagai ‘kun faya kun’.

“Jadi kalau kita tengok orang berjaya hari ini, tak perlulah kita pertikai. Ini kerana, sudah tertulis rezeki mereka begitu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

Terdahulu, Mawi memuat naik foto bersama trofi kemenangan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005.

Kejayaan Mawi pada ketika itu mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:HM

Be the first to comment on "Mawi Dah Tak Glamour Tapi Hidvp Ten4ng, Dulu Mal4m Tidvr Pun Tak Boleh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*