Nad Zainal Imbas Karakter Lakonannya, “Fatonah Tu Kekal Sampai Sekarang”

Setiap kali diberikan tugas melakonkan satu-satu watak, Nad Zainal antara pelakon yang sentiasa memberikan terbaik. Bakat yang dimiliki gadis kecil molek ini memang cukup mengagumkan.

Berilah apa juga watak, semuanya boleh dilakonkan dengan baik sekali. Lihat sahaja lakonannya sebagai Fatonah dalam telefilem Fatonah Azali. Memang memberikan kesan emosi kepada penontonnya. Dalam drama Takdir Yang Tertulis, karakternya agak ‘berat’ tapi boleh dibawakan dengan baik sekali.

Nad Zainal bersama Fasha Sandha

Malah baru-baru ini satu rakaman Nad Zainal imbas karakter lakonannya sepanjang bergelar anak seni. Melihatkan pada susunan karakter yang pelbagai, Nad Zainal boleh dikatakan pelakon serba boleh.

Berikut adalah perkongsian rakaman Nad Zainal imbas karakter lakonannya yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik pelakon ini:

Dalam banyak-banyak karakter lakonan Nad Zainal, yang mana satu korang paling ingat? Apa-apa pun perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 41 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Suka watak dia dari dulu hingga kini. Menjiwai watak kalau berlakon..Hihi terbaik..”

Nad Zainal Imbas Karakter 2

“Bukan Bidadari tu best gila..Episod ending tu..Dari dulu nak cari balik cerita ni tapi tak ingat tajuk..”

Nad Zainal Imbas Karakter 4

“Elly Epit tu legend”

elly epit

“Fatonah tu kekal sampai sekarang. Amazing actress”

Nad Zainal Imbas Karakter 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Nad Zainal Imbas Karakter Lakonannya, “Fatonah Tu Kekal Sampai Sekarang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*