Berat badan 20kg, ibu kerd1l terpaksa hadap mulut orang dari mula kahwin sampailah nak bers4lin… syukur kelahiran dipermudahkan

HAMPIR semua wanita akan berasa bimbang apabila memikirkan tentang proses bers4lin apatah lagi ketika melahirkan anak pertama.

Sama ada secara pembed4han atau bersalin secara normal, apa yang penting dalam proses kelahiran adalah bayi dan ibu masing-masing sihat dan selamat.

Bagaimanapun bagi wanita ini, dia perlu berdepan kebimbangan yang lebih berbanding ibu-ibu hamil lain gara-gara bertubuh kerdil.

Menerusi perkongsian Syakila Norazma Amira, 28, yang tular di media sosial baru-baru ini, dia terpaksa bersalin ‘ikut tingkap’ atau secara pembed4han.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya terpaksa masuk hospital lebih awal dari tarikh sepatutnya saya bers4lin. Doktor cakap baby dalam perut besar. Kalau tunggu lagi lama takut ris1ko bahaya kepada baby,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mesra disapa Yaya, dia berkata tarikh bersalinnya dijadualkan pada 25 Februari 2022, namun terpaksa bersalin sebulan lebih awal iaitu pada 25 Januari.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kita faktor saiz badannya yang kecil iaitu ketinggian 118 sentimeter (cm) dengan berat 20 kilogram (kg) serta faktor keselamatan bayi yang pada ketika itu beratnya sudah melebihi 2kg.

“Banyak sebab kenapa saya terpaksa operate untuk bers4lin bukannya beranak secara normal. Salah satunya sebab ketinggian saya tak boleh menampung saiz baby.

Yaya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 25 Januari.

Baby makin besar. Berat baby 2.2kg dah. Kalau nak tunggu due date memang tak boleh. Saya sendiri tak mampu nak beranak normal dengan keadaan fizikal saya macam ni,” ujarnya lagi.

Wanita yang tinggal di Hulu Terengganu, Terengganu ini, berkata dia masih teringat di awal fasa perkahwinannya dahulu ramai yang mempertikaikan sama ada dia boleh h4mil atau sebaliknya.

Boleh ke meng4ndung? Macam manalah dia nak bers4lin nanti.

YAYA

Selepas dia disahkan h4mil setelah tiga bulan berkahwin, wanita ini menyangka orang sekeliling dan pengikutnya akan ‘tutup mulut’, tetapi sangkaannya tidak betul apabila ‘isu’ bagaimana mahu melalui proses kelahiran pula yang menjadi persoalan.

“Dulu masa saya baru kahwin orang macam tak yakin saya boleh hamil, kemudian dah h4mil mereka tanya macam mana nak bers4lin pula.

“Bila saya kata saya akan czer, orang persoalkan pula kenapa perlu czer?

“Tapi saya tak kisah. Saya cuma ambil yang positif saja. Saya berterima kasih kepada netizen yang mendoakan keselamatan saya dan baby,” ujarnya yang percaya kepada rezeki dan kehendak-Nya.

Berikutan video yang dikongsikan di TikTok, Yaya amat berterima kasih dengan mesej-mesej positif yang dikirimkan netizen dan mendoakan agar dipermudahkan urusan kelahiran.

Gambar Yaya semasa dia sedang sarat meng4ndung.

Sehingga kini perkongsian video Yaya telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.

Yaya selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Ayden Adrian.

“Lepas saya post video tersebut, ramai yang berkongsi juga pengalaman sama malah ada juga yang lebih teruk sehingga terpaksa ditidurkan.

“Alhamdulillah Allah telah permudahkan saya beranak. Saya masuk operation theater pukul 1 tengah hari, bersalin pukul 1.47 tengah hari dan boleh keluar pada jam 2 petang,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Berat badan 20kg, ibu kerd1l terpaksa hadap mulut orang dari mula kahwin sampailah nak bers4lin… syukur kelahiran dipermudahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*