Ayda Jebat & Nabil Beli Banglo 3 Tingkat Sbagai Hdiah Ulang Thun Prkhwinan Prtama Mreka.

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 1 Januari lalu.

Justeru, bagi memperingati hari ulang tahun mereka disatukan, pasangan tersebut telah membeli sebuah kediaman baharu jenis banglo tiga tingkat sebagai hadiah setelah setahun menyemai hidup bersama

“Kami menghadiahkan kediaman ini untuk diri sendiri sempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan pertama pada 1 Januari tempoh hari.

“Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah datang bertubi-tubi lepas mendirikan rumah tangga. Sesuai dengan kerja keras kami berdua selama ini. Selain itu, kami lihat ia merupakan rezeki anak kami, Ana Nayla.

“Semua dipermudahkan berkat doa ibu bapa kami, rakan-rakan dan juga peminat yang sentiasa menyokong. Syukur kepada Allah dengan rezeki yang dilimpahkan,” kata Ayda.

Sungguhpun begitu, Ayda memilih untuk tidak mendedahkan harga rumah yang dibeli oleh dia dan Nabil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ujar Ayda, apa yang penting adalah segalanya berbaloi apabila melihat rumah sendiri tersergam indah di hadapan mata kami.

“Rezeki yang dikurniakan Allah tidak putus, baik sebelum mahupun selepas bernikah. Pada waktu pandemik juga kami tidak putus bekerja.

“Dalam masa yang sama, rezeki anak juga menjadikan urusan pembelian rumah ini dipermudahkan,” katanya yang aktif menjalankan kempen sewaktu sedang hamil tahun lalu.

Terdahulu, menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing, Ayda dan Nabil memuat gambar yang memaparkan momen indah mereka di hadapan kediaman yang baru dimiliki.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "Ayda Jebat & Nabil Beli Banglo 3 Tingkat Sbagai Hdiah Ulang Thun Prkhwinan Prtama Mreka."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*