“Sejak Dalam Perut Lagi Ibunya Dah Bertiktok,”- Ramai Tertawan Dengan Kecomelan Anak Ain Edruce

Menjadi lumrah seorang selebriti yang mempunyai anak kecil pasti akan mendapat perhatian daripada netizen apatah lagi jika mereka pasangan selebriti yang popular.

Netizen akan sentiasa tenunggu-tunggu perkembangan terkini biarpun di laman instagram ataupun di aplikasi tiktok.

Baru-baru ini viral video yang dimuat naik oleh Ain Edruce di akaun Tiktoknya. Video tersebut mendapat hampir 2.1 juta tonton.

Kelihatan anaknya Soraya bijak betul megikut rentak lagu tiktok. Apabila beralih kamera, Soraya juga mengikut arah kamera tersebut.

Manakan tidak, sejak dari awal kehamilan, Ain sudah aktif bermain tiktok dan beliau juga aktif dalam pengacaraan meskipun sarat mengandung. Jadi, tidak hairanlah apabila lahirnya Soraya, dia terus biasa dengan media sosial malah tidak k3kok berada di depan kamera kerana diajar oleh Ain.

Rata-rata netizen semua komen geram dengan Soraya, malah ada yang mengatakan Soraya seorang yang sangat bijak dan comel kerana pandai melayani ibunya yang memang suka bertiktok. Ini antara komen-komen dari netizen:

Nanti besar mungkin Soraya lebih popular dari ibunya.

Sekarang pun dia dah pandai menarik perhatian netizen, nanti besar mesti ikut jejak langkah ibunya. Comel sangat Soraya ini, moga membesar dengan baik

Sumber:https://bm.cari.com.my/

Be the first to comment on "“Sejak Dalam Perut Lagi Ibunya Dah Bertiktok,”- Ramai Tertawan Dengan Kecomelan Anak Ain Edruce"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*