Kant0i keluar dengan perempuan, Fizi Ali Buka Cerita suara Wanita disebalik Vide0

PERKONGSIAN video penyampai radio SuriaFM, Fizi Ali ketika sedang membacakan buku kepada anaknya Ameena Sofia mengundang

tanda tanya dalam kalangan peminat. Rata-rata ingin tahu tentang identiti individu yang merakam video berkenaan kerana dipercayai adalah seorang wanita berdasarkan suara pada penghujung rakaman berkenaan.

Namun teka-teki itu terjawab apabila Fizi atau Hafizudin Alimudin, 33, memaklumkan kepada mStar bahawa individu berkenaan adalah ibunya sendiri.

“Tak sangka orang boleh salah anggap terhadap video tersebut. Suara itu adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya… ibu saya.

“Kebetulan kami keluar bersama ibu dan dan adik ketika itu,” jelas Fizi ketika dihubungi mStar.

Fizi lebih senang untuk fokus pada anak dan kerjaya.Nama Fizi menjadi tumpuan peminat apabila secara tiba-tiba mengumumkan sudah

berpisah dengan pelakon Shakilla Khoriri pada Disember lalu.

Dalam pada itu Fizi berkata dia kini sudah mula membiasakan diri bergelar bapa tunggal. “Saya dan Shakilla dalam proses untuk betulkan diri masing-masing. Kami juga lebih fokus pada kerja dan anak.

“Buat masa ini kami tidak terfikir untuk kembali bersama. “Ketika awal perceraian saya rasa hidup saya musnah, tetapi sekarang dah boleh move on dan sesuai diri,” ujarnya.

Sementara itu Fizi berkata buat masa ini dia belum terfikir soal jodoh walaupun sering diusik rakan penyampai ketika bersiaran di slot Pagi di Suria.

Fizi dan Shakilla sama-sama setuju soal hak penjagaan anak “Apabila rakan-rakan di konti mengusik ketika bersiaran saya anggap itu adalah gurauan.

Saya okey kalau pendengar gembira dan ia tidak melampaui batas. “Untuk kembali ada hubungan cinta… belum laqi buat masa sekarang.

“Namun saya tidak menolak jika Tuhan temukan saya dengan seseorang. Soal jodoh itu adalah ketentuan Than,” katanya.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://earnsupport.com

Be the first to comment on "Kant0i keluar dengan perempuan, Fizi Ali Buka Cerita suara Wanita disebalik Vide0"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*