“Tak Faham…Bila Saya Buat Perkara Baik Tetap Nak Kec4m Agak-Agaklah,” – Niat Murni Baby Shima Jumpa ‘Atuk Grab’ Disalaherti

Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia tidak faham dengan segelintir netizen yang pesimis terhadap tindakannya menyantuni lelaki warga emas yang mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan, baru-baru ini.

Ada yang salahertikan pertemuan tersebut dan tak kurang yang menganggap ia sebagai satu hal untuk menunjuk-nunjuk.

Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli,26, apa yang dilakukannya adalah ikhlas dan dia sendiri tidak faham ada golongan yang seolah-olah tidak suka melihat sesuatu kebaikan.

“Entahlah. Saya pun tak faham. Apa yang saya buat seolah-olah semuanya tak betul, salah.

“Apabila saya menari ada yang kec4m dan maki. Bila buat baik seperti jumpa Atuk Grab pun, tetap ada sesetengahnya tak puas hati. Tetap ada yang m4ki. Habis tu korang nak saya buat apa?.

“Saya jumpa Atuk Grab ni memang ikhlas. Melihat keaadaannya yang sudah tua, tapi masih mencari rezeki, saya jadi sedih. Dalam keadaan sekarang dan usianya yang sudah lanjut, dia gagahkan diri juga untuk mencari rezeki.

“Salah ke saya jumpa dia untuk gembirakan dia. Saya pelik bila ada yang tak suka saya buat kebaikan,” katanya.

Shima pada masa masa akui sedih dengan apa yang berlaku.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Saya tak kisah apa orang nak cakap atau nak tudvh bukan-bukan sehingga saya mengalami depr3si, tapi bila saya buat perkara baik tetap nak kec4m, agak-agak laa…

“Saya ni manusia biasa, ada hati dan perasaan. Kalau tak suka, lebih baik diam. Kalau nak komen pun, biarlah secara baik. Saya buat perkata baik kot,” katanya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki warga emas yang dikatakan masih gigih bekerja menjadi penghantar makanan meski usianya sudah mencecah 68 tahun.

Perkara itu mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video tersebut di media sosial seterusnya menjadi buah mulut.

Komen Netizen:

Dalam video lain dari akaun @danielashraf1370 juga, individu berkenaan sempat berborak dengan warga emas terbabit dan menurutnya sebelum ini dia menjadi penghantar pesanan dengan mengikuti perkhidmatan penghantaran lain, namun lebih serasi dengan Grab.

Menerusi video yang dirakam pemuda berkenaan,  warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Zack memaklumkan dia menanggung dua orang anak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Tak Faham…Bila Saya Buat Perkara Baik Tetap Nak Kec4m Agak-Agaklah,” – Niat Murni Baby Shima Jumpa ‘Atuk Grab’ Disalaherti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*