Kasih Sayang Untuk Anak, Bapa G1gih Pakaikan Stoking Ketika Majlis Tunang

Bercakap mengenai kasih sayang daripada orang tva, selalunya golongan bapa memang sukar menunjukkan kemesraan terhadap anak-anak. Namun jauh di sudut hati, mereka mengambil berat tentang ahli keluarga.

Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan kasih sayang seorang bapa memakaikan st0king untuk anak perempuannya yang melangsungkan pertunangan dengan jej4ka pilihan hati.

Video berdurasi 11 saat tersebut dimuat naik oleh seorang wanita, @chantique77 yang mengakui suaminya itu amat bertanggungjawab dan menjaga hubungan ahli keluarga apatah lagi di hari bahagia anak sulungnya.

Menerusi video itu, dapat dilihat suaminya yang berusia 52 tahun itu menyarungkan sehelai stoking di kaki kanan anak mereka dikenali sebagai Dini Dayana yang duduk di atas kerusi.

Video:

Sementara itu, Dini yang juga usahawan produk kecantikan mengakui terh4ru atas tindakan bapanya yang melayan dengan penuh kasih sayang demi melihat si anak sempurna di mata orang ramai.

Meninjau ke ruangan komen @chantique77, netizen meluahkan rasa syukur melihat hubungan ahli keluarga itu selain segelintir merindui kasih sayang seorang bapa, namun insan tersayang telah pergi buat selama-lamanya.

Komen Netizen:

 

Sumber: TikTok @chantique77 & @dinidayana_

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment on "Kasih Sayang Untuk Anak, Bapa G1gih Pakaikan Stoking Ketika Majlis Tunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*